Resepi Ayam Goreng Berempah Rangup dan Paling Sedap

25365 views

Resepi Ayam Goreng Berempah - Anak-anak paling suka memang makan ayam goreng, lebih lagi ayam goreng berempah. Kalau tak ada lauk ayam, rasa tak nak makan. Beza zaman dulu beza sekarang. Kalau dulu susah nak makan ayam, sekarang susah kalau tak makan ayam. Pada kesempatan sebelumnya saya sudah bahas resepi ayam goreng KFC, kini saya mau bahas ayam goreng berempah yang tak kalah sedapnya. Bila sudah buat ayam ni, rasa terliur cium baunya tu.

resepi ayam goreng berempah

Kita sudah tak asing lagi sama KFC. Kalau KFC ada resepi rahsia, disini kita juga boleh buat resepi ayam goreng berempah yang tak kalah enak sama KFC. Cuba tengok gambar tu, tak perlu kuah lagi. Tinggal gaul sama nasi panas pun dah cukup sedap. Sudah ada nasi putih dan ayam goreng, lauk lain pun tak terpandang. Ayam goreng macam ni sampai part tulang-tulang pun habis dimakan. Tinggal bahagian yang keras macam batu sahaja yang tak habis. Oke jom kita tengok resepi ayam goreng berempah rangup yang paling sedap dan simple.

Baca juga :  Resepi Ayam BBQ Madu Paling Sedap dan Mudah

Resepi Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 1-2 sudu besar serbuk kari daging
  • serbuk cili
  • garam
  • beberapa helai daun limau purut yang diracik halus
  • minyak untuk menggoreng

Bahan kisar halus:

  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih

Bahan kisar kasar:

  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup / serbuk kunyit
  • 2 batang serai

Cara buat ayam goreng berempah:

  1. Basuh ayam dengan air bersih dan potong kecil. Toskan.
  2. Masukkan ayam dan semua bahan kisar (halus dan kasar) bersama bahan lain dalam mangkuk besar.
  3. Gaul campuran ayam dan bahan kisar tadi sampai rata dan rempah ratus sampai menyaluti ayam.
  4. Perap dulu selama 1 jam sebelum digoreng biar sedap. Kalau perap lama dikit pun makin best.
  5. Bila nak makan, goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana. Bila sudah garing bawahnya, jangan lupa dibalikan supaya ianya masak rata.
  6. Angkat dan toskan ayam goreng tadi. Angkat sekali-kali rempah yang jatuh di dasar kuali semasa menggoreng. Bila tak diangkat, nanti rempah jadi hangit dan pahit.
  7. Teruskan menggoreng hingga ayam habis.
  8. Ayam sudah boleh dihidangkan ketika panas-panas.

Baca juga : Resepi Ayam Goreng Kunyit

Itulah resepi ayam goreng berempah rangup dan simple lagi best. Ayam goreng berempah boleh jadi lauk pilihan setiap hari karena anak-anak tak pernah bosan. Resepi ini sangat cocok untuk setiap saat apalagi untuk berbuka puasa atau ada majlis di rumah.

Baca juga :  Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Paling Sedap dan Mudah
loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • ayam goreng berempah
  • resepi ayam goreng berempah
  • resepi ayam berempah
  • ayam berempah
  • resepi ayam goreng
  • resipi ayam goreng berempah
  • resepi ayam goreng rempah
  • ayam goreng rempah
  • ayam
  • ayam rempah

Tags: #ayam goreng berempah #cara buat ayam goreng berempah #resepi ayam goreng berempah