Resepi Ayam Masak Merah Paling Sedap dan Simple

Resepi Ayam Masak Merah – Mencuba resepi turun temurun memang menjadi kesukaan saya dari kecil. Yang suka saya cuba merupakan resepi buatan tukang masak bagi majlis perkahwinan atau kenduri kawin. Dan masa ini saya nak cuba masak ayam masak merah. Anda yang memang suka mencuba pelbagai resepi masakan kampung mesti dah tahu dengan ayam masak merah. Masakan ini biasanya menjadi hidangan istimewa di setiap kenduri ataupun juadah orang berbuka puasa. Boleh juga masakan ini merupakan resepi wajib yang digunakan oleh mereka yang berniaga ataupun tukang masak bagi majlis kahwin.

resepi ayam masak merah

Bahan-bahan yang digunakan nak buat resepi ayam masak merah pun sangat simple. Sebahagian resepi menggunakan bahan tomato puree yang agak mahal, namun itu tidak menjadi masalah jika anda sudah merasa kelazatan ayam masak merah. Anda pasti juga suka lihat keluarga dan anak anda berebut makan ayam masak merah masakan anda. Anda akan senyum sorang lihat mereka boleh meratah ayam masak merah yang disajikan walaupun tanpa nasi. Apalagi anda buatnya dengan resepi nasi tomato, dijamin besoknya anda akan di minta buat lagi.

Baca juga :  Resepi Gulai Ayam Paling Sedap dan Mudah

Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam yang sudah dilumur garam, kunyit dan digoreng separuh masak.
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 ketul kayu manis
  • 2 sudu besar sos cili
  • 60 ml santan
  • 250 ml air
  • 3 biji tomato yang sudah dipotong 4 bahagian
  • Garam
  • Gula
  • Minyak untuk menumis

Bahan kisar halus

  • 4 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 15-20 tangkai cili kering, gunting dan buang sikit bijinya, rebus bentar baru kisar

Bahan hiris

  • 3 biji bawang besar / bawang holland
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia – hiris jadi 3 bahagian

Cara masak ayam masak merah

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu.
  2. Lepas itu masukkan bahan kisar dan gaul sampai rata.
  3. Kemudian masukkan cili kering yang sudah di kisar dan sos cili. Tumi sampai pecah minyak.
  4. Lepas itu masukkan ayam yang di sudah di goreng separuh masak sebelumnya. Gaul rata dan biarkan sekejab.
  5. Kemudian masukkan air sebanyak mana kuah yang disukai.
  6. Lepas itu masukkan santan. Santan berguna untuk nak buat kuah tu pekat. Kuah jangan terlalu cair dan terlalu pekat sangat.
  7. Masukkan tomato dan garam, gaul hingga rata dan biarkan sampai pecah minyak.
  8. Bila rasa dah sebati (tomato tu dah empuk dan kaler kuah dah menarik), bolehlah ditutup api dan siap di hidangkan.
Baca juga :  Resepi Ayam Buttermilk Paling Sedap dan Mudah

Resepi ayam masak merah paling sedap dan simple dah siap dihidangkan kepada keluarga anda. Anda boleh masukkan kacang peas dalam resepi untuk menambah selera, tapi risikonya cepat basi. Boleh juga ayam ini dihidangkan bersama nasi minyak atau nasi tomato. Panaskan lauk dulu kalau nak makan kesokannya.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • ayam masak merah
  • resepi ayam masak merah
  • cara masak ayam masak merah
  • resipi ayam masak merah
  • cara memasak ayam masak merah
  • resepi masakan ayam
  • masak merah ayam
  • cara masak ayam merah
  • masak ayam merah
  • resepi ayam masak merah simple
Resepi Ayam Masak Merah Paling Sedap dan Simple | myresepi | 4.5