Resepi Kari Ayam Sedap, Pekat dan Simple

5172 views

Pada kesempatan ini saya nak kongsi resepi kari ayam sedap, pekat dan simple. Walaupun kari ayam adalah lauk yang sejak zaman dahulu sering dimasak, namun kurang bermakna bila tak boleh belajar lagi untuk buat yang lebih sedap. Semalam ada majlis makan pejabat, kari ayamnya sedap sangat. Dari situ, saya mencari tips buat kari ayam dan tanya-tanya sama sahabat saya yang pandai masak.

resepi kari ayam

Resepi kari ayam sangat sedap dengan kuah yang pekat. Resepi ini disajikan dengan kentang dan kuahnya memang dibuat lebih pekat. Bila ayamnya sudah habis dan sisa kuahnya pun masih sedap kerana ianya boleh buat kuah roti jala. Bagi yang masih tak mahir buat kari, jom intai resepinya.

Baca juga : Resepi Mee Kari Ayam

Resepi Kari Ayam

Bahan-bahan:

  • 12 ketul ayam
  • 2 biji kentang dipotong 4
  • 1 asam keping
  • 1 kotak santan
  • 10 sudu besar rempah kari Babas
  • extra cili
  • kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
  • 1 pelepah daun kari
  • gula
  • garam
  • air
Baca juga :  Resepi Ayam Masak Kurma Paling Sedap dan Mudah

Bahan hiris:

  • 1 1/2 labu bawang besar saiz besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 inci halia

Cara buat kari ayam:

  1. Panaskan minyak di atas kuali dengan api sederhana dan tumis rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah dan halia hingga kekuningan.
  2. Masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair.
  3. Kacau terus dengan menggunakan api sederhana hingga rempah sedikit garing dan terbit minyak.
  4. Lepas tu, masukkan daun kari dan kentang.
  5. Masukkan juga ayam dan masak hingga ayam kecut.
  6. Tambahkan sedikit air lagi dan biarkan hingga mendidih.
  7. Kemudian masukkan santan ke dalam masakan.
  8. Setelah kentang dirasa empuk, masukkan asam keping, gula dan garam.
  9. Renihkan sampai pecah minyak sampai kepekatan kuah kari ayam sesuai dengan yang disukai.
  10. Kari ayam sudah siap disajikan

Baca juga : Resepi Asam Pedas Ayam

Demikian resepi kari ayam sedap, pekat dan simple yang dapat saya kongsikan. Sedikit tips, bila nak masak kari dalam resepi ni, rempah kari hendaklah digoreng lama sikit hingga kering sebelum di campakkan yang lain tu. Kalau tak cukup garing dan masak, nanti boleh lari rasanya. Masak je dengan api sederhana.

Baca juga :  Resepi Ayam Lemon Paling Sedap dan Mudah
loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • resepi kari ayam
  • kari ayam
  • ayam masak kari
  • cara masak kari ayam
  • resepi ayam masak kari
  • resepi ayam kari
  • resepi kari ayam sedap
  • cara masak ayam kari
  • resipi kari ayam
  • kari ayam simple

Tags: #cara buat kari ayam #kari ayam #resepi kari ayam