Resepi Kek Batik Coklat Cheese Lembut dan Sedap

Resepi Kek Batik – Jika kita bercakap tentang kek, tidak ada berkesudahan. Bila masa mesti terdapat inovasi yang dicipta oleh Chef untuk pelbagai resepi kek. Sering kita tengok banyak buku yang dijual membincangkan segala macam resepi kek. Jika pada post terdahulu saya telah membuat resepi kek coklat kukus, kali ini saya nak cakap salah satu makanan paling popular lain, ialah kek batik. Kek ni menjadi pilihan kegemaran ibu bapak serta anak-anak dalam membuat kek di Malaysia. Ini kerana kek ini mudah dibuat, tak perlu banyak wang, dan ia lembut dan lazat.

resepi kek batik

Resepi kek batik coklat cheese lembut dan sedap ini boleh anda cuba sendiri di rumah kerana buatnya mudah. Anda boleh menayangkan kek ini buat acara bersama rakan-rakan ataupun keluarga. Untuk anda yang nak beri hadiah kepada ibu atau orang yang disayangi, tetapi tidak punya banyak wang, atau takut keliru mahu membeli apa, kek ini boleh menjadi penyelesaian untuk anda.

Baca juga :  Resepi Kek Marble Gebu, Mudah dan Paling Sedap

Resepi Kek Batik

Bahan-bahan:

  • 2 cawan milo
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 buku buttercup
  • 1 paket biskut Marie

Cara buat kek batik:

  1. Cairkan dulu butter dalam periuk yang dipanaskan dengan api kecil. Bila sudah cair, masukkan susu pekat dan gaul lagi hingga sebati.
  2. Lepas itu, masukkan Milo dan serbuk koko ke dalam periuk. Masukkan sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga sebati. Jangan tinggalkan sebatian ini berketul-ketul.
  3. Masukkan biskut Merrie yang telah dipatahkan (tidak sampai hancur) sebelumnya ke dalam periuk, dan gaul hingga rata.
  4. Lepas itu, masukkan adonan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastic biar mudah nak dikeluarkan.
  5. Padatkan kek tadi dengan tekan-tekan menggunakan sudu.
  6. Bila dah padat, simpan loyang ke dalam peti sejuk sekira 3 jam.

Bila nak buat kek batik yang menggunakan topping cheese, boleh nampak macam di bawah.

Baca juga :  Resepi Cheese Cake Meleleh Paling Sedap dan Mudah

resepi kek batik cheese

Bahan-bahan:

  • 250 gm Cream Cheese
  • 1 biji telur grade A
  • 2 sudu besar gula halus

Cara buat kek batik cheese:

  1. Putar semua bahan sehingga kembang dan tuang ke atas kek.
  2. Bakar selama 5 minit dengan suhu 160 darjah.
  3. Angkat dan sejukkan dalam peti sejuk sebelum di potong.

Baca juga : Resepi Kek Span Coklat

Selamat mencuba resepi kek batik coklat cheese lembut dan sedap. Anda boleh kurangkan susu pekat manis di dalam resepi bila tidak mahu manis sangat. Kalau suka kek batik yang lebih lembut, patah-patahkan biskut dulu dan biar kan lemau sikit.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • resepi kek batik
  • kek batik
  • cara membuat kek
  • cara buat kek batik
  • cara membuat kek batik
  • resipi kek batik
  • Kek resipi
  • resepi kek batik cheese
  • resipi kek
  • resepi kek batik milo
Resepi Kek Batik Coklat Cheese Lembut dan Sedap | myresepi | 4.5