Resepi Puding Roti Kukus Paling Sedap dan Simple

Resepi Puding Roti kukus adalah sejenis hidangan pencuci mulut yang simple dibuat dan rasanya pun sangat sedap. Kebetulan besok malam ada kegiatan majlis di rumah, tapi belakangan ini saya pusing nak buat kuih apa. Rencana nak buat kuih yang tak gunakan tepung gandum je. Terpikirlah untuk membuat puding roti. Saya tahu resepi ni dari teman sekantor. Dia pandai sangat masak. Ia pernah membawanya ke rumah saya, rupanya sedap pula. Dari situ saya teringin nak buat sendiri.

resepi puding roti kukus

Ada pelbagai macam versi resepi puding roti, ada yang di bakar, ada pula yang di kukus. Kali ini yang saya nak tulis yang kukus je. Boleh anda mencuba membuatnya sendiri di rumah untuk hidangan keluarga anda. Kebetulan di rumah masih ada beberapa keping roti. Cara buat puding roti kukus memang mudah dan rasanya pun sedap. Jika teman-teman nak datang ke rumah, boleh anda cuba menyediakan ini. Kalau cuma buat donut kan tak banyak makanan yang ada di atas meja. Mudah-mudahan resepi puding roti kukus yang saya kongsi ini boleh anda pahami dengan baik.

Baca juga :  Resepi Apam Polkadot Sukatan Cawan Kukus Paling Sedap

Resepi Puding Roti Kukus

Bahan-bahan

  • 4 keping roti yang dipotong kecil-kecil
  • 1 tin susu cair (375 ml)
  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar butter
  • kismis

Cara buat puding roti kukus

  1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam satu bekas, gaul hingga rata.
  2. Masukkan susu cair dan gaul adunan hingga rata.
  3. Sapu butter pada roti dan susun roti di atas loyang.
  4. Lepas tu, tuang adunan ke atas susunan roti dan taburkan kismis.
  5. Kukus dengan api sederhana selama 20-25 menit.
  6. Bila sudah matang, sejukkan ke dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Demikian resepi puding roti kukus paling sedap dan simple. Bila ada masa kosong, saya nak cuba resepi puding lain yang tak kalah sedap. Puding ni boleh makan ramai-ramai. Selamat mencuba dan jangan salahkan saya bila banyak orang minta buatkan lagi. Ya, resepi ini memang lebih simple daripada minta dibuatkan puding kuah.

Baca juga :  Resepi Sandwich Telur Paling Sedap dan Mudah
loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • resepi puding roti
  • puding roti
  • puding roti kukus
  • resepi puding roti kukus
  • puding roti bakar
  • cara membuat puding roti
  • cara buat puding roti
  • resipi puding roti
  • resepi puding roti simple
  • resepi puding
Resepi Puding Roti Kukus Paling Sedap dan Simple | myresepi | 4.5