Resepi Roti Jala Lembut, Mudah dan Paling Sedap

Resepi roti jala ialah sejenis kuih berbentuk jala laba-laba. Roti ini sering ditemukan pada sajian hari kenduri atau jamuan hari raya. Biasanya dihidangkan bersama kari ayam. Resepi roti jala lembut dan mudah ni memang paling sedap. Banyak rekan-rekan saya yang suka. Apalagi anak-anak, suka request buat roti ini.

resepi roti jala

Sebelum membuat, sebaiknya anda menyiapkan botol sos picit dengan muncung yang kecil sebagai acuan. Bila anda tak nak dengan botol tu, anda boleh menebuk tiga lubang kepada botol air yang terguna. Jom tengok resepinya jika ada yang mahu mencuba roti jala lembut dan sedap, lagi mudah.

Resepi Roti Jala

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 3 cawan air/santan/susu segar (boleh campur sedikit-sedikit)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
Baca juga :  Resepi Apam Polkadot Sukatan Cawan Kukus Paling Sedap

Cara buat roti jala

  1. Campurkan semua bahan-bahan di atas dan menggunakan mesin pengisar sehingga sebati.
  2. Panaskan kuali dengan api sederhana, dan lengserkan sedikit minyak pada kuali.
  3. Kirai adunan roti tadi dengan menggunakan acuan ke dalam kuali yang telah panas, dan bentuk menjadi seperti jala.
  4. Kalau nak tahu adunan sudah boleh di jala atau belum, cuba masukkan satu sudu adunan ke dalam acuan, kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala.
  5. Kalau masih pekat, boleh tambah air lagi sehingga boleh dijala.
  6. Lepas jala atas kuali, biarkan sekejap hingga masak. Kalau sudah masak tak payah dibalik lagi. Angkat je dan masukkan ke atas pinggan dan di gulung.
  7. Habiskan adunan dan ulangi langkah-langkah di atas ni. Tak perlu lengserkan minyak setiap kali nak kirai adunan, sekali-kali je).
  8. Roti jala sudah siap dihidangkan
Baca juga :  Resepi Donut Gebu Lembut, Mudah dan Paling Sedap

Demikian resepi roti jala lembut, mudah dan sedap yang boleh saya kongsikan. Pastikan setiap kali sebelum menceduk adunan dalam resepi ni, mesti dikacau terlebih dahulu supaya tetap sebati. Anda juga boleh menggunakan kuali non stick untuk adunan tidak melekat. Hidangkan bersama kari kegemaran anda untuk dapat rasa lebih sedap. Selamat mencuba dan semoga berjaya membuatnya.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • resepi roti jala
  • roti jala
  • cara buat roti jala
  • cara membuat roti jala
  • resepi kuih jala
  • kuih jala
  • resipi roti jala
  • resepi roti jala sukatan cawan
  • Resepi kueh jala
  • roti jala sukatan cawan
Resepi Roti Jala Lembut, Mudah dan Paling Sedap | myresepi | 4.5