Resepi Ayam Masak Kicap

Resepi Ayam Masak Kicap

Resepi Ayam Masak Kicap - Sejak saya pandai menggunakan Instagram, saya suka melayan video ringkas artis memasak. Nampak betul mereka pandai memasak. Lauk pauk yang dimasak pun adalah lauk harian seperti ayam masak merah, ayam percik, ikan kembung, dan nasi lemak. Masakan yang begitu simple tapi senang bila mereka yang masak. Hari ini saya cuba buat ayam kicap yang simple. resepi ayam masak kicap ini sangat sesuai untuk hidangan anak kecil yang tak boleh makan makanan pedas. Masakan ini sangat praktikal disediakan kala bercuti sebab bahan yang digunakan simple dan senang memasaknya.

Resepi Ayam Masak Kicap

Keluarga saya memang tak pernah bosan makan masakan ayam. Ia memang lazat dan boleh dibuat masakan apapun. Dalam resepi ayam kicap ini, saya hanya menggunakan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk. Tekstur ayam yang lembut dicampur dengan rempah ratus dan kicap manis membuat masakan ini menggiurkan lidah. Jom kita layan cara buat ayam masak kicap paling sedap dan mudah dibawah ini.

Resepi Ayam Masak Kicap

Bahan-bahan
  • Ayam lumur garam + kunyit, di goreng
  • 1 biji ubi kentang di hiris nipis dan di goreng
  • 1 labu bawang besar dihiris bulat
  • 1 biji cili hidup merah / benggala dihiris
  • 1 sudu besar cili di kisar
  • daun sadri / bawang di hiris
  • susu pekat manis
  • lada hitam di tumbuk kasar
  • kayu manis
  • bunga lawang
  • buah pelaga
Bahan sos
  • kicap pekat
  • kicap manis
  • sos tomato
  • sos tiram
Bahan kisar
  • 1/2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
Cara masak ayam masak kicap
  1. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang, dan buah pelaga bersama bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak.
  3. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan air hingga mendidih.
  5. Setelah mendidih, masukkan susu pekat, serbuk lada hitam, bawang besar dan cili hidup.
  6. Masukkan ayam bersama ubi kentang. Gaul sekejap je sebelum api ditutup.
  7. Taburkan sedikit hirisan daun sadri / bawang.
Mudah je kan buat ayam masak kicap ini? resepi ayam masak kicap paling sedap dihidangkan semasa panas bersama nasi panas. Bila tak enak, lapor je ke saya.
Advertisement

Baca juga:

Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar

Tiada ulasan