Resepi Churros Sos Coklat Paling Sedap dan Rangup

3950 views

Resepi churros sos coklat sedang popular di perkataan dan menjadi viral di media sosial. Churros ini kuih popular di Spanyol, Perancis, dan Itali yang berasaskan doh pastei yang digoreng dan dicelup coklat. Bila makan di cafe atau restoran harga boleh mencecah RM 20-30, lebih senang buat sendiri di dapur.

resepi churros

Bila kita membuat resepi churros sos coklat, rasanya serupa kepada cream puff. Kaedah penyediaannya pun hampir serupa, cuma berbeza cara memasaknya sedikit. Jika cream puff di bakar, churros digoreng seperti donut. Ia lebih sedap dihidangkan bersama coklat panas. Resepi ini hanya untuk orang sahaja sekali makan, kalau nak buat ramai sila buat lebih dan gandakan sukatannya.

Baca juga : Resepi Roti John

Resepi Churros

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 gm butter
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar gula halus
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh serbuk cinimon (kayu manis)
  • sedikit gula halus

Bahan-bahan buat sos coklat:

  • 60 ml heavy cream / tick cream
  • 10 gm syrup glucos
  • 100 gm dark choc (coklat cincang)
  • 1 sudu besar Hazelnut paste atau Nutella
Baca juga :  Resepi Lempeng Gebu, Sedap dan Mudah

Cara buat churros:

  1. Mula-mula satukan air, gula halus, garam dan butter ke dalam periuk, masak hingga mendidih.
  2. Sambil menunggu air mendidih, ayak tepung gandum bersama baking powder.
  3. Bila air dah mendidih, tutup api dan masukkan tepung tadi sedikit-sedikit sambil tangan sebelah mengacau terus adunan supaya tepung tidak bergentel-gentel.
  4. Bila dah lembut, masukkan telur dan esen vanilla, terus kacau sampai adunan likat.
  5. Biarkan sejenak dan bersiap panaskan minyak dengan api sederhana.
  6. Sediakan nozel bintang dan letakkan doh ke dalam piping bag.
  7. Bila minyak sudah cukup panas, paipkan doh dalam kuali dan gunting panjang mana kita suka.
  8. Goreng sambil di balik-balikkan supaya masak keseluruhan.
  9. Tunggu hingga berwarna kuning keemasan dan angkat.
  10. Letakkan ke dalam bekas yang berlapik kertas tisu untuk serap minyaknya.
  11. Gaul churros ke dalam gula dan serbuk cinimon (kayu manis) semasa ia masih hangat, bila dah sejuk susah lekat dah di churros tu.
Baca juga :  Resepi Donut Gebu Lembut, Mudah dan Paling Sedap

Cara buat sos coklat churros:

  1. Gaul heavy cream dan syrup glucos, lalu masak hingga timbul buih kecil di tepi periuk.
  2. Angkat dan tuangkan di atas coklat cincang.
  3. Tambahkan Hazelnut paste atau Nutella dan gaul hingga rata.

Baca juga : Resepi Kentang Putar

Sekian resepi churros sos coklat sedap dan rangup yang boleh saya kongsikan. Jangan lupa panaskan minyak jangan terlalu panas bila nak goreng, nanti bentuknya tak cantik. Tapi jangan pula perlahan sangat nanti ia serap minyak, menjadi tak sedap pula. Selamat mencuba resepi ini dan semoga berjaya.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • Resepi Churros
  • resepi churos
  • churros resepi
  • cara buat churros
  • resepi churros rangup
  • cara cara membuat churros
  • cara buat churos
  • kuih churros
  • resepi churros dan sos coklat
  • cara nak buat churros

Tags: #cara buat churros #churros #resepi churros