Resepi Puding Karamel Mudah dan Sedap

Resepi Puding Karamel ialah satu puding pencuci mulut yang saya suka. Saya menyediakan puding ini bila masa rakan dan family melawat ke rumah pada hari pekan. Memang sangat cepat menyediakan puding karamel ini. Dari dulu saya suka sangat buatnya kerana sangat berpuas hati dengan hasil yang menepati selera saya. Mamak saya sangat suka makan puding karamel telur ini. Sejak saya sudah pandai membuatnya, saya selalu membuatkannya untuk mak apabila ia minta buatkan. Menyesal beli kat luar apabila dah pandai buat sendiri di rumah.

resepi puding karamel

Kebanyakan orang membuat resepi puding karamel mudah dan sedap ini banyak lobang-lobang dalam puding sehingga ia kurang menarik. Sebelum nak cuba membeli kat luar, sila cuba buat sendiri dengan resepi yang akan saya kongsikan hari ini. Buatnya pun senang. Rasanya sangat lembut, licin dan manis yang sedang-sedang dan dimakan sejuk membuat puding ini sangat sedap. Macam makan taufufa kat pasar tapi berbeza. Apabila anda nak mencuba sendiri, jom kita tengok apa saja yang digunakan. Kalau dah openhause dan hidang puding ni, mesti laju habis.

Resepi Puding Karamel

Bahan-bahan

  • 6-8 biji telur
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air
  • sedikit vanilla extact
  • 8-10 sudu besar gula pasir (untuk gula hangus)

Cara buat puding karamel

  1. Goreng gula pasir hingga menjadi cair dengan api perlahan.
  2. Setelah cair, sudukan gula hangus dengan cepat ke dalam mangkuk pyrex kecil. Ketepikan.
  3. Pukul telur hingga hancur dan masukkan semua bahan lain ke dalam mangkuk lain.
  4. Kacau semua adunan hingga sebati.
  5. Sendukkan adunan ke dalam mangkuk yang telah dibubuh gula hangus tadi.
  6. Kukus selama 10-15 minit.
  7. Angkat puding dan sejukkan sekejap lalu masukkan ke dalam peti sejuk.
  8. Puding roti siap dihidangkan.

Selamat mencuba resepi puding karamel kukus dengan gula hangus tersebut. Anda boleh hidangkan tetap di dalam mangkuk pyrex atau dituangkan ke dalam piring kecil. Jika mahu tekstur yang tak berlubang, jangan kacau adunan hingga berbuih kemudian tapis sebelum dituang ke dalam mangkuk, dan kemudian kukus adunan.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • resepi puding karamel
  • puding gula hangus
  • resepi puding karamel kukus
  • resepi puding caramel
  • puding karamel kukus
  • resipi puding gula hangus mudah kukus
Resepi Puding Karamel Mudah dan Sedap | myresepi | 4.5