Resepi Udang Buttermilk

Resepi Udang Buttermilk

Resepi Udang Buttermilk - Setelah saya mencuba masak sotong goreng tepung, tidak lengkap rasa belum cuba masak udang butter yang sangat sedap. Lebih-lebih lagi menggunakan udang yang segar. Apalagi ini masa cuti sekolah, anak-anak amat gemar makan udang goreng ini. Tengok mereka makan, hati saya sudah terasa puas.

Resepi Udang Buttermilk

Resepi udang butter ini memang perlu dicuba masak sendiri di rumah, kerana sekarang harga udang sudah mahal. Tiap ke restoran seafood memang udang jadi satu kemestian pesan lauk, tetapi mana boleh tahan tiap minggu makan udang sekeluarga. Jom kita intai cara buat udang goreng butter yang sedap dan simple.

Resepi Udang Buttermilk

Bahan-bahan
  • 12 ekor udang
  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • 6-8 tangkai cili padi dihiris
  • 5 tangkai daun kari
  • 1/4 cawan susu cair / susu segar
  • sedikit butter untuk menumis
  • sedikit serbuk lada hitam
  • minyak masak
Bahan buat sarang telur
  • 2 biji kuning telur
  • 1 senduk butter
  • 1 cawan minyak masak
Cara masak udang butter
  1. Mula-mula goreng udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak.
  2. Goreng jangan terlalu lama nanti udang akan mengecut dan agak keras bila dimakan.
  3. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali kerana tak nak gunakan lagi.
  4. Panaskan butter ke dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau.
  5. Masukkan susu cair dan masak sekejap.
  6. Masukkan udang yang dah digoreng tadi, bubuh sedikit serbuk lada dan garam.
  7. Setelah semua bahan masak dah mesra, masukkan ke dalam pinggan hidangan.
  8. Cara buat sarang telur
  9. Pukul ringan kuning telur.
  10. Panaskan butter bersama minyak masak sampai betul betul panas.
  11. Tuangkan kuning telur tadi ke dalam kuali. Tuang sikit-sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halus-halus.
  12. Pusing minyak laju-laju dengan senduk hingga telur habis.
  13. Pusing terus hingga telur berwarna keemasan.
  14. Setelah masak, tuangkan ke dalam tapis untuk toskan minyaknya.
  15. Taburkan sarang telur ke udang yang sudah digoreng di atas.
Selamat mencuba resepi udang butter dengan sarang telur. Resepi yang saya kongsikan di atas hanyalah sebagai rujukan dan panduan saya bila memasak. Bila anda juga suka, silahkan share kepada teman-teman anda.
Advertisement

Baca juga:

Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar

Tiada ulasan