Resepi Brownies Kedut Paling Sedap dan Mudah

4642 views

Baru-baru ini lagi trending resepi brownies kedut sedap dan mudah. Nama yang cantik untuk menarik orang ramai. Ramai orang yang kehairanan cara buat resepi brownies berkedut di permukaannya. Padahal brownies ni sama sahaja, hanya ianya menggunakan coklat masakkan yang banyak dalam sukatan untuk kedutannya.

resepi brownies kedut

Untuk mencuba resepi brownies kedut yang cantik dan sedap, pilihan coklat masakan sangat mempengaruhi kejadiannya. Pilihlah coklat grade A. Jika brownies dibuat mengikut teknik yang betul akan didapat permukaan yang berkedut, shining dan crack. Cara membuat brownies kedut pun cukup mudah tanpa menggunakan mixer. Hanya gaul dengan wisk sahaja. Anda boleh juga mencuba resepi kek pisang untuk keluarga anda.

Resepi Brownies Kedut

Bahan brownies kedut:

  • 400 gm coklat masakan grade A
  • 150 gm unsalted butter
  • 100 gm gula perang
  • 100 gm gula kastor
  • 100 gm tepung naik sendiri
  • 30 gm serbuk koko
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Baca juga :  Resepi Kek Span Coklat Lembut dan Gebu

Cara buat brownies kedut:

  1. Mula-mula coklat masakkan dipotong kecil-kecil dan masukkan ke dalam bekas bersama butter. Cairkan dengan kaedah double boiler hingga rata.
  2. Dalam bekas lain, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanilla. Gaul rata dengan wisk.
  3. Lepas tu, satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko, kemdian di ayak.
  4. Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.
  5. Kemudian ayakan tepung dan serbuk koko dimasukkan ke dalam adunan. Masukkan sedikit-sedikit dalam adunan dan digaul sehingga rata.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapik kertas kek dan oleskan dengan butter.
  7. Masukkan loyang dalam ketuhar dan bakar dengan suhu 160 C selama 30 minit.
  8. Bila dah masak, keluarkan loyang dari ketuhar dan biarkan sejuk selama 15 minit.
  9. Selamat menikmati brownies kedut
Baca juga :  Resepi Kek Pelangi Kukus Paling Sedap dan Mudah

Simple kan buat resepi brownies kedut cantik dan sedap lagi mudah? Gunakan coklat masakkan bermutu tinggi untuk mendapat hasil yang diinginkan. Coklat masakkan biasa mengandung sedikit sahaja coklat dan banyak mengandung gula dan lelemak. Anda boleh juga gunakan sedikit garam kasar untuk membangkitkan rasa dan memberi keseimbangan manis. Kalau nak pakai garam, cairkan garam bersama butter atau bersama coklat. Dan jangan overbaked dalam masak bakar brownies kerana akan buat brownies mengeras dan kering.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • resepi brownies
  • resepi brownies kedut
  • brownies kedut
  • resepi kek brownies
  • kek brownies
  • resipi brownies
  • kek brownies kedut
  • resepi brownies mudah
  • brownies kedut mudah
  • resepi brownis

Tags: #brownies #brownies kedut #cara buat brownies #resepi brownies #resepi brownies kedut #resepi brownies kedut mudah #resepi brownies kedut sedap #resepi brownies kedut simple