Resepi Kek Red Velvet Paling Sedap dan Mudah

Resepi Kek Red Velvet, teringat dulu dengan hari ulang tahun rakan sepejabat. Sebelumnya tak pernah makan itu kek. Ketika makan sangat nyaman pula di lidah. Lepas acara itu pengen pula nak buat sendiri. Saya cari lah referensi di buku buat kek, dan ketemu lah sama resepi ini.

resepi kek red velvet

Bila ada teman atau famili yang meraikan hari jadi, saya langsung buat resepi kek red velvet ini. Anda bisa buatnya untuk acara hari jadi anak atau sebarang majlis spesial. Jom kita tengok resepi kek red velvet secret recipe yang moist dan sedap ini. Jika ada yang berminat untuk mencuba sendiri di rumah, silahkan sahaja.

Resepi Kek Red Velvet

Bahan-bahan

  • 360 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu besar serbuk kok
  • 400 gm gula halus
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 cawan buttermilk
  • 2 biji telur grade A
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 sudu teh cuka masakan
  • 1/2 cawan air kopi panas

Bahan buat cream

  • 8 oz cream cheese sejuk
  • 5 sudu besar butter lembut
  • 2 sk esktrak vanilla
  • 2 cawan gula ising di ayak

Cara buat kek red velvet

  1. Satukan dan ayak tepung, baking powder, soda, serbuk koko dan garam dalam satu bekas, ketepikan.
  2. Satukan gula dan minyak dalam satu bekas besar.
  3. Tambahkan telur, buutermilk, esen vanilla dan pewarna, gaul hingga rata dengan whisk.
  4. Tambahkan air kopi panas dan cuka masakan.
  5. Tambahkan ayakan tepung tadi sedikit-sedikit dan gaul adunan sehingga rata.
  6. Sapukan mentega di 2 loyang dan tuang adunan ke dalam loyang sama banyak.
  7. Panaskan oven pada suhu 170 C dan selama 40 minit atau hingga kek masak.
  8. Setelah masak, biarkan kek sejuk selama 10 minit kemudian keluarkan kek dari loyang dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.
  9. Balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk.

Cara buat cream kek red velvet

  1. Pusing cream cheese dengan butter dan vanilla hingga sebati.
  2. Masukkan gula ising sedikit demi sedikit sehingga mencapai kemanisan yang sesuai.
  3. Simpan dalam peti sejuk hingga agak stiff sebelum digunakan. Boleh simpan dalam peti sejuk sampai 3 hari.

Sekian cara buat resepi kek red velvet paling sedap dan mudah. Akhir sekali, ketika balut kek dengan plastik, sekurang-kurangnya simpan di peti sejuk 1 jam atau semalaman untuk mendapat kek yang diinginkan.

loading...
Resepi Kek Red Velvet Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5