Resepi Kuih Muih Tradisional Paling Sedap dan Mudah

Malaysia punya banyak kuliner yang enak dan lazat, dan yang popular apalagi pada masa puasa ialah resepi kuih muih tradisional Puteri Ayu dan Kaswi. Proses pembuatan kuih muih tradisional kebanyakan masih menggunakan peralatan sederhana, tapi punya rasa yang unik dan istimewa.

Kuih Muih Puteri Ayu

kuih muih puteri ayu

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur
  • 250 gm tepung gandum
  • 300 gm gula
  • 250 ml santan
  • 2 camca teh ovalatter
  • 2 camca teh paste pandan
  • 1 camca teh baking powder
  • pewarna hijau
  • kelapa putih secukupnya yang sudah digaul dengan garam dan tepung ubi)

Cara buat kuih puteri ayu:

  1. Pertama-tama pukul telur, gula dan ovalatte hingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan santan, paste pandan, pewarna hijau, baking powder dan tepung gandum. Kacau hingga sebati.
  3. Sapu minyak pada acuan dan masukkan kelapa di bahagian bawah acuan. Mampatkan.
  4. Lepas tu, masukkan adunan dan kukus selama 5 minit.
  5. Terakhir angkat kukusan dan biarkan hingga sejuk.

Kuih Muih Kaswi

kuih muih kaswi

Bahan-bahan:

  • 350 gm gula melaka
  • 240 gm gula pasir
  • 190 gm tepung gandum
  • 120 gm tepung ubi
  • 60 gm tepung beras
  • 1350 ml air
  • 2 helai daun pandan, disiat dan simpul
  • 2 camca besar air abu (alkaline water)
  • 3/4 camca besar air kapur
  • 1 camca besar pewarna coklat
  • 1 cawan kelapa parut putih
Baca juga :  Resepi Kuih Lapis Pelangi Paling Sedap dan Mudah

Cara buat kaswi:

  1. Masak gula melaka, gula pasir, 450 ml air, dan daun pandan dengan api sederhana hingga semua larut. Sejukkan.
  2. Ayak dan satukan tepung gandum, tepung ubi, tepung beras dalam satu bekas.
  3. Larutkan ayakan tepung dengan 900 ml air, air abu, air kapur, dan pewarna coklat, kacau rata dengan wisk.
  4. Satukan larutan gula dan adunan tepung tadi. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak.
  5. Kukus selama 45 minit (balut tutup kukus dengan kitchen towel).
  6. Bila lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih, letakkan kitchen towel yang baru dan biarkan ia terserap.
  7. Angkat perlahan dan biarkan sejuk sebelum dipotong, dan sajikan bersama kelapa parut putih.

Resepi Kuih Lapis

kuih lapis

Bahan-bahan:

  • 2 L santan pekat
  • 1425 ml santan cair
  • 980 gm tepung kanji
  • 225 gm tepung beras
  • 905 gm gula pasir
  • 115 gm gula melaka
  • 2 sudu makan air mawar
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna hijau dan kuning

Cara buat kuih lapis:

Baca juga :  Resepi Kuih Ketayap Paling Sedap dan Mudah

  1. Masak gula, santan pekat dan daun pandak dalam bekas hingga mendidih dengan api sederhana.
  2. Gaul tepung beras, tepung kanji dan santan cair dalam bekas lain.
  3. Tuangkan santan pekat yang panas secara perlahan ke dalam adunan tepung tadi sambil terus di kacau hingga rata.
  4. Bahagi adunan menjadi tiga bahagian.
  5. Warna adunan pertama dengan hijau, adunan kedua dengan kuning (boleh bubuh air mawar), dan adunan ketiga
  6. dengan gula melaka. Kacau dan tapiskan.
  7. Panaskan kukusan dan loyang 12 inci. Kukus adunan selapis-selapis sehingga habis. Setiap lapis menggunakan 3 sudu adunan.
  8. Kukus hingga masak. Sebelum di kukus tiap lapisannya, adunan hendaklah di kacau terlebih dahulu.

Itulah cara buat resepi kuih muih tradisional Puteri Ayu dan Kaswi. Anda yang senang buat kuih, boleh mencuba senarai resepi kuih muih tradisional yang dikongsikan disini untuk menyambut Ramadhan ataupun untuk berjualan biskut raya. Silahkan mencuba.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • resepi kuih muih
  • resepi kuih muih mudah dan cepat
  • kuih muih
  • resepi kuih
  • kuih muih kukus
  • resepi kuih tradisional
  • kuih tradisional
  • kuih muih tradisional
  • resepi kuih mudah dan cepat
  • resepi kuih tradisional bergambar
Resepi Kuih Muih Tradisional Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5