Resepi Nasi Goreng Kampung Special dan Simple

Resepi Nasi Goreng Kampung – Nasi yang sudah berbaki dalam periuk biasanya saya rencanakan nak buat nasi goreng. Sayang juga kan nak buang nasi. Di antara banyak macamnya, nasi goreng kampung yang paling saya suka. Maklum lah, lidah orang kampung dah sebati dengan masakan kampung juga. Berbeza daripada nasi goreng biasa, nasi goreng kampung terkenal dengan kepedasannya kerana menggunakan cili api dalam memasak. Hari ini saya akan share resepi nasi goreng kampung yang special dan simple.

resepi nasi goreng kampung

Resepi Nasi goreng kampung ialah salah satu masakan popular yang mudah di dapat di Malaysia selain nasi ayam. Nasi ni kesukaan ramai orang, tak mengira bangsa di Malaysia je. Rata-rata orang suka kerana rasanya yang enak dan sedap, penyediannya cepat, lagi mengenyangkan.  Nasi goreng memang menjadi masakan yang cukup sinonim dengan masyarakat kita tak kira untuk sarapan pagi, makan siang atau malam hari.

Resepi Nasi Goreng Kampung

Bahan-bahan

  • 3 cawan nasi sejuk di peroikan
  • 1/2 ikat kangkung di potong dan cuci bersih
  • 1/2 cawan ikan bilis di goreng garing
  • kecap manis
  • garam secukupnya

Bahan tumbuk

  • 7 biji cili padi
  • 7 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu ikan bilis

Cara masak nasi goreng kampung

  1. Tumbuk semua bahan tumbuk. Sebaiknya bahan ni di tumbuk supaya tak banyak air. Kalau tak, boleh di kisar kering.
  2. Bila sudah, panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga harum.
  3. Masukkan garam secukupnya.
  4. Masukkan sayur kangkung dan gaul hingga rata.
  5. Masukkan nasi dan gaul lagi.
  6. Sambil di gaul, tambahkan kecap manis dan gaul hingga rata.
  7. Bila sudah selesai, tutup api.
  8. Masukkan ikan bilis dan gaul rata.
  9. Nasi goreng kampung siap dihidangkan.

Cukup mudah bukan cara membuat resepi nasi goreng kampung special dan simple? Dijamin sedap. Nasi goreng kampung boleh ditambah sambal belacan dan kerupuk sebagai penambah selera.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • resepi nasi goreng kampung
  • nasi goreng kampung
  • nasi goreng biasa
  • senarai resepi nasi goreng
Resepi Nasi Goreng Kampung Special dan Simple | myresepi | 4.5