Resepi Sup Ayam Paling Sedap dan Mudah

Hari ini saya nak kongsikan resepi sup ayam sedap dan mudah. Sup memang paling suka saya masak sebab boleh olah dengan macam-macam jenis bahan. Campak-campak je semua bahan dan biarkan masak. Walaupun ringkas, tapi bila cuba resepi ni istimewa sangat. Disebut istimewa kerana sup ayam ini tidak menggunakan sup buntut ataupun rempah sup. Anda harus mencuba resepi ini bila nak merasa sup asli tanpa rempah sup.

resepi sup ayam

Rasanya memang beza dengan resepi sup ayam yang lain. Anak-anak saya makan selalu bertambah bila buat ni. Saya pernah masak ini dalam kuantiti banyak untuk kahwinan adik ipar. Kata tetamu, masakan paling best ialah sup ayam. Senang betul dengarnya. Bagi siapa pun nak cuba silahkan sahaja atau boleh cuba resepi rendang ayam garenti sedap punya.

Baca juga :  Resepi Ayam Goreng KFC Paling Sedap dan Rangup

Resepi Sup Ayam

Bahan-bahan

  • 500 gm ayam di potong kecil-kecil
  • 1/2 batang lobak merah di potong 1 inc
  • 2 biji kentang di potong baji
  • 1 biji tomato belah 4
  • daun sup dan daun bawang di mayang halus
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji pelaga

Bahan kisar

  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 biji buah keras
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu besar lada hitam

Cara masak sup ayam

  1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan semua bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak
  2. Lepas tu masukkan ayam dan tunggu sekejap
  3. Masukkan air anggaran 3 cawan dan biarkan merenih
  4. Bila sup sudah mula mendidih, masukkan lobak merah dan kentang dan masak hingga empuk
  5. Kemudian masukkan tomato dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  6. Masukkan daun sup dan daun bawang bila hendak dihidang
Baca juga :  Resepi Nasi Ayam Penyet Paling Sedap dan Mudah

Selamat mencuba resepi sup ayam yang mudah dan sedap di atas. Sup ni sangat sedap disajikan bila panas. Bila tak panas lagi tak sedap lah. Boleh juga dimakan sendiri atau bersama nasi putih. Jika anda tak suka ayam, boleh juga ganti dengan daging atau tulang.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • resepi sup ayam
  • sup ayam
  • cara masak sup ayam
  • cara buat sup ayam
  • resepi sup ayam sedap
  • resipi sup ayam
  • resepi sup
  • sup ayam sedap
  • sup ayam resepi
  • sup ayam simple
Resepi Sup Ayam Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5