Resepi Ayam Percik Paling Sedap dan Mudah

Resepi Ayam Percik – Siapa yang tak suka makan ayam percik? Yakin saya semua suka makannya. Ayam ni biasa kalau di beli di pasar RM 5 hanya dapat bahagian paha je. Apa-apa mahal sekarang ini. Daripada keluar duit hanya beli sepotong je, lebih baik masak sendiri. Sebenarnya cara buat ayam percik ni mudah sangat. Cuma saya hanya malas je buatnya kerana anak-anak lebih sering minta buatkan resepi nasi ayam penyet.

resepi ayam percik

Yang akan saya kongsikan kali ini adalah resepi ayam percik sedap dan mudah. Resepi di buku Chef Wan memang best. Ye lah tukang masak terkenal. Malam tadi saya sudah cuba sendiri resepinya dan memang sedap sampai licin pinggan. Yang saya buat dan kongsikan pada masa ini pun hanya 1/2 daripada resepi muasal. Jom kita tengok cara buat ayam percik paling sedap dan mudah.

Baca juga :  Resepi Ayam Masak Madu Paling Sedap dan Mudah

Resepi Ayam Percik

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 1 liter santan
  • 10 batang serai di titik
  • 6 cm lengkuas di hiris
  • 1/2 helai daun kunyit di hiris halus
  • 1 sudu besar gula merah
  • garam dan gula secukupnya

Bahan kisar:

  • 3 tangkai cili merah
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 1/2 cm halia
  • 2 1/2 cm kunyit hidup
  • 10 biji buah keras
  • 1 sudu teh halba

Cara buat ayam percik:

  1. Masukkan bahan kisar dan santan dalam satu periuk besar. Kacau dan didihkan hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam, serai dan lengkuas. Kacau hingga ayam disalut dengan kuah.
  3. Masukkan garam dan gula dan renehkan selama 30 minit.
  4. Kacau dan balik-balik ayam selalu.
  5. Keluarkan ayam daripada kuah dan panggang ayam selama 10 minit sambil dilumur dengan kuah.
  6. Letakkan ayam panggang di atas pinggan.
  7. Kembalikan periuk ke atas api sederhana dan pekatkan kuah sambil di kacau sehingga menyalut ayam apabila di tuang ke atasnya.
  8. Angkat kuah dan siram ke atas ayam.
Baca juga :  Resepi Rendang Ayam Paling Sedap dan Simple

Itulah resepi ayam percik sedap dan mudah yang boleh saya kongsikan. Jika perlu anda boleh tambah air dalam resepi saat membuat kuah agar tidak melekat, tetapi jumlah cecair di dalam periuk harus sedikit sahaja. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • resepi ayam percik
  • ayam percik
  • ayam percik resepi
  • ayam percik resepi chef wan
  • resepi ayam percik chef wan
  • resepi ayam percik mudah
  • resepi ayam percik sedap
Resepi Ayam Percik Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5