Resepi Bubur Kacang Hijau Paling Sedap dan Mudah

254 views

Anda suka makan benda yang manis? Tak salah bila anda perlu mencuba membuat resepi bubur kacang hijau. Rasanya yang sedap dan cara buatnya yang simple membuat ia ramai di buat orang sebagai pencuci mulut. Tak susah nak buat bubur kacang hijau ni, cukup rendam kacang hijau semalaman dan rebus hingga lembut. Lebih mudah bila anda menggunakan pressure cooker kerana dalam 10 minit kacang hijau sudah pecah dan lembut. Anda boleh membuatnya bersama roti jala ataupun donut begitu sahaja. Jom check resepi kacang hijau sedap dan mudah ini.

resepi bubur kacang hijau

Resepi Bubur Kacang Hijau

Bahan-bahan buat bubur kacang hijau:

  • 300 gm kacang hijau
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 3 sudu besar sagu
  • 1 1/2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 ketul gula melaka
  • 2 helai daun pandan
  • garam secukupnya
Baca juga :  Resepi Bubur Jagung Paling Sedap dan Mudah

Cara buat bubur kacang hijau:

  1. Masukkan kacang hijau yang sudah di rebus, santan cair, gula pasir, gula melaka dan daun pandan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih (guna api perlahan).
  2. Masukkan sagu dan kacau hingga rata.
  3. Masukkan santan pekat dan kacau perlahan-lahan supaya santan tidak berketul.
  4. Masukkan garam secukup rasa untuk menyeimbangi rasa manis dan lemak santan.
  5. Angkat dan hidangkan panas-panas.

Hanya itu sahaja cara buat resepi bubur kacang hijau sedap dan mudah. Anda boleh menambahkan air jika kuah terlalu pekat.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • resepi bubur kacang hijau
  • resipi bubur kacang hijau
  • Resepi bubur kacang
  • petua buat bubur kacang hijau paling sedap
  • cara nak buat bubur kacang hijau
  • cara masak bubur lambuk kacang hijau
  • cara buat bubur kacang hijau
  • bubur kavang hijau
  • bubur kacang sedap pekat
  • bubur kacang hijau jagung yg mudah dan simple
Baca juga :  Resepi Bubur Nasi (Ayam) Paling Sedap dan Mudah

Tags: #bubur kacang hijau #cara buat bubur kacang hijau #resepi bubur kacang hijau #resepi bubur kacang hijau mudah #resepi bubur kacang hijau sedap #resepi bubur kacang hijau simple