Resepi Karipap Pusing Rangup Inti Kentang Paling Sedap

Sudah lama saya nak berhajat buat resepi karipap pusing ni. Kebiasaan beli sahaja daripada buat sendiri. Tapi memang buat sendiri memang lebih baik daripada beli di kedai dari segi cita rasa. Saya cuba lah sendiri cari resepi karipap di internet dan ketemu satu yang memang sedap dan mudah cara buat karipap pusing.

resepi karipap pusing

Hari ini saya bersedia kongsikan resepi karipap pusing. Kuih muih ini sangat rapuh dan sedap untuk dimakan saat minum petang bersama keluarga. Sebelum membuat karipap pusing, anda mesti buat intinya terlebih dahulu. Anda boleh membuat inti macam-macam, tapi yang saya kongsikan saat ini adalah resepi karipap pusing rangup inti kentang.

Resepi Karipap Pusing

Bahan-bahan buat inti karipap:

  • 4 biji kentang saiz besar di potong dadu kecil
  • 2 sudu besar udang kering di rendam hingga lembut dan di kisar
  • 2 sudu besar iklan bilis di rendam hingga lembut dan di kisar
  • 10 tangkai cili kering di rendam hingga lembut dan di kisar
  • 3 ulas bawang merah di kisar
  • 2 ulas bawang putih di kisar
  • 3 sudu besar rempah kari
  • 2 tangkai daun kari
  • air secukupnya
  • garam dan gula secukupnya

Cara buat inti karipap:

  1. Tumis daun kari dan bahan kisar hingga naik bau dan garing.
  2. Masukkan rempah kari dan masak hingga garing.
  3. Masukkan kentang dan air, renih hingga kentang empuk.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa, biarkan sampai mengering.
  5. Angkat dan toskan minyak.
Baca juga :  Resepi Biskut Nestum Paling Sedap dan Mudah

Bahan-bahan doh A:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar veg shortening
  • 2 sudu besar marjerin

Bahan-bahan doh B:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 1 1/2 cawan air anggaran
  • 1 sudu kecil garam

Cara buat kulit karipap untuk doh A:

  1. Satukan semua bahan ke dalam bekas. Gaul hingga sebati.
  2. Bahagikan doh menjadi 4 bahagian yang sama besar. Bentuk bulat-bulat dan ketepikan.

Cara buat kulit karipap untuk doh B:

  1. Masukkan tepung ke dalam bekas dan buatkan lubang di bahagian tengah.
  2. Panaskan minyak dan tuang minyak panas ke dalam lubang tepung tadi.
  3. Gaul dengan sudu hingga rata dan menjadi serbuk roti.
  4. Gancuh garam dan air hingga larut.
  5. Tuangkan air garam sedikit demi sedikit ke dalam tepung sambil di uli hingga sebati.
  6. Bahagikan doh menjadi 4 bahagian yang sama besar. Bentuk bulat-bulat dan ketepikan.

Cara buat kulit karipap pusing:

  1. Canaikan satu bahagian doh B dan letakkan satu bahagian A di tengahnya.
  2. Bungkus dan kemaskan padat, kemudian dibulatkan dan ketepikan.
  3. Ulang kaedah yang sama hingga doh habis.
  4. Doh tadi di canai sederhana ketebalannya (tidak tebal tidak tipis).
  5. Lepas tu gulung menjadi selinder panjang.
  6. Canai sekali lagi dan gulung semula menjadi selinder.
  7. Ulang proses yang sama untuk doh selebihnya.
  8. Rehatkan doh selama 15 minit agar sebati dan lembut.
  9. Ambil satu bahagian doh dan potong menjadi 6 kepingan.
  10. Ambil sekeping doh dan canai bentuk bulat tebal sederhana. Jika nipis ia susah dikendalikan, jika tebal tidak enak.
  11. Letakkan inti ke bahagian tengahnya. Jangan penuh sangat.
  12. Lipat dan kemaskan tepinya agar tidak terbuka semasa menggoreng nanti.
  13. Ulang proses hingga kepingan doh habis.
Baca juga :  Resepi Biskut Makmur Inti Kacang Paling Sedap dan Mudah

Itulah resepi karipap pusing rangup inti kentang yang boleh saya kongsikan. Kalau nak goreng, pastikan menggunakan minyak goreng yang betul-betul panas supaya karipap ni cantik kejadiannya. Api tidak boleh kecil sangat sebab karipap boleh menyerap banyak minyak dan buat kita muak makannya. Jangan lupa juga mencuba resepi churros sos coklat yang sudah saya kongsikan.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • resepi karipap pusing sukatan cawan
  • resepi karipap pusing
  • resepi karipap kentang putar
Resepi Karipap Pusing Rangup Inti Kentang Paling Sedap | myresepi | 4.5