Resepi Kentang Putar KFC Paling Sedap dan Mudah

Hari ini saya nak kongsikan resepi kentang putar kerana badan sudah letih habis lawatan ke tempat saudara di melaka. Saya pun sebenarnya baru beberapa kali mencuba membuat resepi ni. Pertama kali saya buat ini selepas baca dari buku masakan. Memang rasanya sedikit berbeza dengan KFC punya, tapi susah juga meniru dari KFC kerena ada bumbu rahsia. Tak tahu lah apa. Kita buat yang mirip je. Jom kita intai resepi kentang putar yang sedap dan mudah buatnya.

resepi kentang putar

Resepi Kentang Putar

Bahan-bahan

  • 200 gm kentang
  • 1 sudu besar butter
  • 4 sudu besar susu
  • garam dan pepper secukupnya

Bahan sos

  • 1 1/2 sudu besar butter
  • 1 sudu besar tepung
  • 1 batang saleri
  • 1 biji bawang besar
  • 1 bay leaf
  • 1/2 sudu teh thyme
  • 1/2 sudu teh basil
  • 1/4 sudu teh black pepper
  • 1 kiub ayam
  • 1/8 sudu teh kicap
  • 1 1/2 sudu besar air

Cara buat kentang putar

  1. Rebus kentang hingga empuk.
  2. Lenyekkan kentang dengan garpu semasa ia masih panas atau gunakan blender
  3. Letakkan butter, susu, garam dan pepper bersama kentang. Kacau kentang hingga rata.

Cara buat sos kentang putar

  1. Cairkan butter di periuk dengan api sederhana dan masukkan tepung.
  2. Masukkan air dan bahan sos lainnya. Kisar halus sampai pekat.
  3. Sos siap diletakkan bersama kentang putar.

Resepi Kentang Putar Ala KFC

Bahan-bahan

  • 8 biji kentang – kupas kulit dan potong sama besar
  • 1 kotak kecil susu segar
  • 2-3 sudu besar butter
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit serbuk lada sulah

Bahan sos kentang putar

  • 1 labu bawang besar – ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 4 sudu butter
  • 2 sudu tepung jagung – dibancuh dengan sedikit air panas
  • 2 kiub ayam knorr
  • 2 1/2 cawan air
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit serbuk lada sulah

Cara buat kentang putar ala KFC

  1. Masukkan potongan kentang dalam periuk dan rebus selama 20 minit hingga kentang empuk.
  2. Toskan air dan letakkan semula diatas api supaya lebihan air dapat dikeringkan.
  3. Bila dah kering, alihkan dari atas api.
  4. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyekkan.
  5. Masukkan sedikit lada sulah dan lada hitam ikut citarasa.
  6. Tuang susu sedikit demi sedikit hingga rata dan lenyek lagi.

Cara buat sos kentang putar ala KFC

  1. Cairkan butter dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga berwarna sedikit perang.
  2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan tumis hingga tepung berwarna coklat.
  3. Masukkan air dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan kuib ayam knorr, lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
  5. Tambahkan sedikit air apabila kuah terlalu pekat.
  6. Kacau rata dan tutup api.

Hanya itu sahaja cara buat resepi kentang putar ala KFC. Rasanya sedap dan buatnya mudah, ini yang saya suka. Kalau sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend hingga ia tidak berketul.

loading...
Resepi Kentang Putar KFC Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5