Resepi Mee Hailam Paling Sedap dan Mudah

Resepi mee hailam adalah mee yang berendam kuah kerana banyaknya air. Masa sekarang ni sudah jarang kedai yang jual mee hailam yang sedap. Ada kedai mee hailam yang pernah saya makan di sana, rasanya sedap lagi penyediaannya simple. Hanya kedainya sudah tutup tak tahu pindah kemana. Oleh kerana itu saya kalau nak makan mee ni mesti buat sendiri kerana dijamin sedap lagi halal.

resepi mee hailam

Sebenarnya saya tak ada bercadang untuk makan mee hailam di hujung bulan ini. Hanya sekadar masak makan malam untuk anak-anak je. Mee hailam memang menjadi kegemaran anak-anak. Rasa mee berendam kicap manis pasti membuka selera anak-anak. Tetapi semasa masak, terasa sedap pula. Saya pun tak tahan godaan duduk makan sama anak-anak. Buat yang nak buat, jom intai cara buat mee hailam.

Resepi Mee Hailam

Bahan-bahan

  • 1/2 kg mee kuning
  • 1/4 kg daging ayam
  • 1/4 kg daging lembu
  • 10 ekor udang
  • 3 ulas bawang putih di tumbuk
  • 3 ulas bawang merah di tumbuk
  • 1 sudu besar cili boh
  • 1 ikat sawi hijau
  • 1 potong kobis
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 bungkus baby corn
  • 2 tangkai daun sup dan bawang
  • 2 biji limau nipis
  • 1 sudu tepung jagung di bancuh air
  • sos cili
  • sos tomato
  • kicap manis

Cara masak mee hailam

  1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili boh dan kacau semua sehingga benar-benar masak.
  3. Masukkan udang, rebusan ayam dan daging.
  4. Masukkan penyedap rasa, gula, dan garam sesuai cita rasa.
  5. Masukkan lobak merah, kobis dan baby corn, kacau sehingga rata.
  6. Masukkan mee, sos tomato dan sos cili.
  7. Lepas tu, masukkan tepung jagung dan kacau sehingga rata.
  8. Masukkan kicap manis sesuai selera dan kacau sehingga rata.
  9. Matikan api dan sajikan panas-panas.

Selamat mencuba resepi mee hailam paling sedap dan mudah yang boleh saya kongsikan. Anda boleh mencelur mee dan tuang kuah apabila hendak dihidangkan untuk mengelakkan mee terlalu kembang. Dengan mencuba masak sendiri, lepas tu anda mesti pandai nak masak apa je. Semoga berjaya.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • resepi mee hailam
  • mee hailam
  • cara buat mee hailam
  • mee hailam paling sedap
  • resepi mee bandung
  • resepi mee hailam paling sedap
  • mee hailam sedap
  • resepi mee hailam pedas
  • resipi mee hailam
Resepi Mee Hailam Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5