Resepi Puding Kastard Jagung

Dulu saya suka buat resepi puding kastard jagung tapi entah kenapa sekarang saya suka tak nak buatnya. Bukan kerana ianya tak enak, hanya belum ada rasa nak makan ini. Untuk mengisi resepi hari ini tidak apa lah kongsikannya disini daripada mubadzir. Saya dulu biasanya buat puding jagung ni kerana saat masa ada baki jagung manis sisa dalam tin yang telah dibuka yang kebetulan cukup untuk buat puding.

resepi puding kastard jagung

Resepi puding kastard jagung ini memang sedap lagi simple. Apalagi bila di makan sejuk-sejuk. Anda boleh membuatnya sebagai makanan di hujung minggu. Bila sudah tahu cara buat puding kastard jagung ni, dijamin suka makannya. Lebih lagi yang nak kita buat ni kuning berkilat, semakin berliur lihatnya.

Resepi Puding Kastard Jagung

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 tin jagung manis
  • 1 tin susu sejat
  • 1 tin air
  • 1 cawan santan
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu kecil garam
  • pewarna kuning masakan

Cara buat puding kastard jagung

  1. Masukkan gula dan tepung kastard ke dalam periuk, kacau sehingga rata.
  2. Masukkan susu sejat dan jagung manis ke periuk tadi.
  3. Masukkan santan untuk membuatnya menjadi berlemak, kacau sehingga rata.
  4. Masukkan garam dan air dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul.
  5. Nyalakan api sederhana je dan panaskan periuk sambil di kacau.
  6. Masukkan pewarna kuning masakan agar warna kuningnya menyala, kacau sampai pekat dan berkilat.
  7. Padamkan api dan tuang dalam loyang. Biarkan sejuk sekejap, baru masukkan dalam peti sejuk.
  8. Puding kastard jagung siap dimakan.

Anda boleh cuba resepi puding kastard jagung sedap dan berkilat ini di rumah. Kalau nak buat puding lebih berkilat, letak 1 sudu tepung jagung, tapi kena lebihkan air sikit agar tidak memekatkan bahan adunan.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • resepi puding jagung
  • puding jagung
  • resepi puding jagung sukatan cawan
  • resepi puding jagung kastard
  • resepi puding jagong
Resepi Puding Kastard Jagung | myresepi | 4.5