Resepi Satay Ayam dan Kuah Kacang Sedap dan Mudah

Resepi Satay Ayam dan Kuah Kacang – Acara majlis kemaren masih menyisakan banyak nasi tapi lauknya sisa ayam goreng kerana sudah habis dimakan teman kolej. Saya pikir elok juga kalau buat resepi satay ayam dan kuah kacang yang jadi teman nasi putih supaya tiada pembaziran.

resepi satay ayam

Memang sudah lama tidak buat kuah kacang ni. Resepi ini di buat dengan cara kacang goreng di tumbuk halus dengan kulit dilepas dan di beri sedikit minyak sehingga separuh halus. Satay dan kuah kacang ni sangat simple sehingga tak perlu masa lama buatnya. Boleh di lawankan dengan resepi nasi minyak.

Resepi Satay Ayam dan Kuah Kacang

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam di potong 12
  • 1 cawan gula pasir
  • 5 sudu teh garam

Bahan kisar

  • 1/2 kg bawang merah
  • 50 g jintan manis
  • 30 g jintan putih
  • 300 g lengkuas
  • 200 g halia
  • 50 g kunyit
  • 5 batang serai

Bahan kuah kacang

  • 600 gm kacang tanah di sangai
  • 1 cawan gula melaka
  • 1/2 cawan cili kering di kisar
  • 1 cawan minyak mazola
  • 2-3 cawan air
  • 5 biji bawang besar
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu besar garam halus

Cara buat satay ayam

  1. Perap ayam bersama bahan kisar sekitar 6 jam
  2. Tusuk satay dengan lidi sehingga habis.
  3. Siapkan arang dan bakar hingga tinggal bara sahaja.
  4. Bakar hingga masak. Boleh gunakan kipas untuk menstabilkan haba.
  5. Sebelum masak sepenuhnya, renjiskan air perapan dan minyak dengan serai yang diketuk.

Cara buat kuah kacang satay

  1. Masak kacang tanah dengan cara di sangai.
  2. Buang kulit kacang dan sejukkan, kemudian direndam seketika sebelum dikisar.
  3. Kisar dengan blender guna air secukupnya. Jangan terlalu banyak air, nanti jadi bubur.
  4. Mayang bawang besar dan tumis di periuk hingga wangi.
  5. Masukkan cili kering kisar dan goreng sampai naik minyak.
  6. Lepas tu, masukkan kacang yang telah di blend kira-kira 2-3 cawan air.
  7. Bila sudah menggelegak, masukkan gula melaka dan garam agar ada rasa manis sikit.
  8. Padamkan api dan biarkan ia sejuk

Itulah resepi satay ayam dan kuah kacang yang boleh saya kongsikan kali ini. Jangan hairan bila lihat kuah kacang belum pekat ketika masih panas kerana ia akan menjadi pekat apabila sudah sejuk. Jadi, pandai-pandailah letakkan air.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • Cara buat satay
  • cara perap satey ayam
  • resepi ayam masak sate
  • resepi satay ayam sedap
  • resepi sate ayam dan kuah kacang
  • resipi sate ayam
Resepi Satay Ayam dan Kuah Kacang Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5