Resepi Spaghetti Bolognese Paling Sedap dan Simple

Resepi Spaghetti Bolognese – Anak-anak memang suka makan spaghetti bolognese kalau singgah ke kedai. Kemarin mereka minta makan spaghetti lagi, daripada beli terus lebih baik buat sendiri. Bukan saya tak nak buatkan untuk anak, cuma saya memang malas buatnya kerana tak berapa suka sama makanan ni. Tapi bagaimana lagi anak sudah minta terus.

resepi spaghetti bolognese

Resepi spaghetti bolognese ini memang sedap dan simple. Bagi yang suka makan spaghetti, boleh mencuba resepi ini. Kalau tak nak, boleh cuba mee maggi goreng. Memang sedap. Anak-anak saya pun suka makannya dan bertambah pula mereka makan. Ramai juga yang telah mencuba dan menyatakan kesedapan resepi ini.

Resepi Spaghetti Bolognese

Bahan-bahan buat spaghetti bolognese:

  • 500 gm spaghetti sepakej
  • 500 gm daging lembu cincang
  • 200 ml susu
  • 1 labu bawang besar kuning di cincang halus
  • 1 ulas bawang putih di cincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4 tomato segar ranum di dadu
  • 1 batang carrot di dadu kecil
  • 2 batang celery di dadu kecil
  • 1 tin cendawan butang di hiris
  • 1 kiub stok daging lembu
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • 2 sudu besar butter
  • Garam dan gula secukupnya
Baca juga :  Resepi Spaghetti Carbonara Paling Sedap dan Mudah

Cara buat spaghetti bolognese:

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar dan masukkan 2 sudu teh garam.
  2. Masukkan Spaghetti bila air mendidih.
  3. Kacau sekali-sekali dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun.
  4. Bila spaghetti sudah lembut, angkat dan toskan.

Cara buat kuah sos spaghetti bolognese:

  1. Panaskan minyak zaitun dan butter ke periuk yang tinggi dan dalam.
  2. Bila butter sudah cair dan berbuih, masukkan bawang besar dan bawang putih cincang sehingga layu.
  3. Masukkan daging cincang sambil di ketuk-ketuk.
  4. Goreng hingga daging keperangan.
  5. Masukkan semua sayuran dan goreng hingga lembut.
  6. Masukkan susu dan kuatkan api hingga susu mendidih sambil di kacau selalu.
  7. Bila semua susu telah dirasa meresap di daging, masukkan tomato puri dan tomato segar.
  8. Masukkan 2 tin air ke dalam kuah dengan gunakan tin tomato puri.
  9. Kacau sos sambil di tekan-tekan sehingga tomato hancur.
  10. Masukkan herba, kiub, garam dan gula secukup rasa.
  11. Biar mendidih sekira 7 minit dan perlahankan api.
  12. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
Baca juga :  Resepi Bihun Goreng Paling Sedap dan Mudah

Bila anda mencuba resepi spaghetti bolognese sedap dan simple ini, anda mesti rasa dan timbang sendiri masa, manis dan masin sosnya. Anda boleh cuma renih 1 jam untuk buat sos pekat dan cantik. Beza dengan orang Itali yang merenih sos sampai 4 jam.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • Resepi spaghetti bolognese
  • resepi spaghetti
  • resepi spaghetti bolognese simple
  • resepi kuah spaghetti buat sendiri
  • spaghetti bolognese resepi
  • resepi spageti bolognese
  • resepi spageti
  • resepi spagetti bolognese
  • resepi spagethi bolognese
  • resepi mudah spagetti bolognese
Resepi Spaghetti Bolognese Paling Sedap dan Simple | myresepi | 4.5