Resepi Tomyam Ayam

Resepi Tomyam Ayam

Resepi Tomyam Ayam - Tomyam memang kesukaan encik suami saya. Kalau nak ke rumah, pasti sudah pesan minta buatkan masakan Thailand ini. Tak bosan rasa lidah makan ini je. Sebelum masak saya cuba kongsikan kepada anda bagaimana cara buat tomyam ayam dengan kuahnya yang pekat. Sedap lah pokoknya.

Resepi Tomyam Ayam

resepi tomyam ayam pekat ni sangat sedap lagi mudah buatnya. Kuahnya pekat lagi pedas dan masam memang menyengat. Tiap kali buat tomyam mesti encik suami saya keluar masuk dapur kerana tak sabar nak makannya. Bila sudah siap, dia hirup kuahnya sampai habis. Dia selalu cakap sedap makan tomyam di sini daripada makan di kedai. Kalau tak percaya boleh try di rumah resepi tomyam ayam pekat ini.

Resepi Tomyam Ayam Pekat

Bahan-bahan
  • 1 pakej perencah tomyam
  • 1 kiub pati tomyam maggi
  • 1 kiub pati ayam maggi
  • 4 biji tomato
  • 6-7 cili padi
  • 3 batang serai
  • 4 daun limau purut
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 biji bawang besar
  • lengkuas atau halia
  • ayam / udang / sotong
  • bunga kubis
  • carrot
  • gula
  • penyedap rasa
  • perencah secukupnya
Cara masak tomyam ayam pekat
  1. Kisar 2 ulas bawang merah, 1 batang serai, 1 1/2 tomato, dan 3 cili padi.
  2. Masukkan air untuk buat kuah.
  3. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam kuali dan masukkan juga 1 pakej perencah tomyam.
  4. Masukkan carrot sampai setengah empuk.
  5. Bila sudah, masukkan lebihan cili, serai yang di titik, halia yang di hiris, bawang besar, gula, garam, pati ayam, pati tomyam dan perencah secukup rasa.
  6. Tambahkan 2 sudu sos cili dan 2 sudu sos tiram. Kacau sehingga mendidih.
  7. Bila sudah mendidih, masukkan ayam / udang / sotong, bunga kubis, tomato dan daun limau purut.
  8. Rasa-rasa sedikit bila sudah sedap tutup api.
Itulah resepi tomyam ayam pekat yang boleh anda cuba di rumah lagi mudah dan sedap. Anda boleh mengganti ayam dengan udang atau sotong, atau boleh juga di tambah semua. Sesuaikan dengan selera anda sahaja. Anda juga boleh menambah 2 sudu sos cili dan 2 sudu sos tiram untuk membuat rasa lebih sedap.
Advertisement

Baca juga:

Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar

Tiada ulasan