Resepi Biskut Makmur Inti Kacang Paling Sedap dan Mudah

Resepi biskut makmur inti kacang ini boleh anda cuba buat untuk meramaikan biskut hari raya. Ia menggunakan bahan kacang tanah yang di kisar bersama gula icing. Resepi ini memang sudah tidak asing lagi kerana memang menjadi makanan favorite orang kampung. Buatnya mudah dan rasanya sedap. Resepi biskut makmur memang popular pada waktu hari raya di samping biskut lainnya. Jom kita intai cara pembuatannya.

resepi biskut makmur

Resepi Biskut Makmur Inti Kacang

Bahan-bahan

  • 500 gm tepung gandum
  • 2/3 cawan gula icing
  • 1 tin kecil minyak sapi
  • paper cup secukupnya
Baca juga :  Resepi Biskut Semperit Paling Sedap dan Mudah

Bahan inti

  • 200 gm kacang tanah di goreng tanpa minyak
  • 3/4 cawan gula icing
  • 1 sudu besar mentega kacang

Cara buat biskut makmur

  1. Sangai tepung gandum ke dalam kuali, lepas tu ayak tepung bersama gula icing.
  2. Gaul adunan bersama minyak sapi sedikit-sedikit sehingga adunan doh lembut dan boleh di uli.
  3. Kisar kacang tanah dan masukkan bersama gula icing dan mentega kacang.
  4. Sukat doh guna satu sudu besar untuk mendapat saiz sama.
  5. Leperkan doh dan letakkan inti kacang tanah di tengah.
  6. Tutup inti dan buat bentuk bujur.
  7. Letakkan semua di atas loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu 150 C.
  8. Angkat dan sejukkan biskut.
  9. Salut dengan gula icing dan letakkan di atas paper cup.
Baca juga :  Resepi Cream Puff Lembut dan Paling Sedap

Itulah resepi biskut makmur inti kacang yang boleh meramaikan kuih raya di rumah. Sedikit tips, untuk sangai tepung gandum tidak perlu masa lama. Cukup 4-5 minit sahaja.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • biskut makmur
  • resepi kuih makmur
  • kuih makmur
  • resepi biskut makmur
  • resepi biskut makmur paling sedap
  • resepi biskut makmur sukatan cawan
  • kuih makmur sedap
  • cara membuat kuih mamur menggunakan tepung minyak sapi kacang tanah
  • cara buat kuih mamur
  • resipi kuih makmur
Resepi Biskut Makmur Inti Kacang Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5