Resepi Maggi Goreng Paling Sedap dan Mudah

398 views

Pusing sarapan apa yang sedap di buat pagi ini? Jom ikut saya cuba buat resepi maggi goreng. Anak saya yang paling besar sangat suka makan maggi goreng. Memang bila buat sendiri rasanya berbeza dengan restoran, tetapi tak kalah juga rasanya. Bahan buatnya sangat mudah dan boleh dijumpai di dapur. Cara buatnya pun simple sehingga cocok untuk masakan orang yang sibuk kerja, apalagi resepi ni ramai dicari orang bujang. Jom kita cuba buat maggi goreng.

resepi maggi goreng

Resepi Maggi Goreng

Bahan-bahan maggi goreng:

  • - 360 gm maggi di rendam air panas dan toskan
  • - 1 biji bawang besar
  • - 6 ulas bawang putih
  • - 10 tangkai cili kering di kisar
  • - segenggam udang kering
  • - tauhu
  • - taugeh
  • - sawi
  • - udang, kerang, sotong, dada ayam, dan daging di potong nipis
  • - kicap manis
  • - sos cili
  • - sos tiram
  • - daun sup
  • - daun bawang
Baca juga :  Resepi Spaghetti Carbonara Paling Sedap dan Mudah

Cara buat maggi goreng:

  1. Tumis bawang besar, bawang putih dan udang kering sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kering sehingga terbit minyak.
  3. Masukkan sos tiram dan kicap secukup rasa. Jangan letak garam dulu kerana sos tiram dan kicap sudah masin.
  4. Masukkan daun sup dan daun bawang. Kacau hingga rata.
  5. Masukkan sotong, udang, kerang, isi ayam dan daging. Kacau sehingga nampak kecut.
  6. Masukkan tauhu, maggi, taugeh dan sawi. Kacau sehingga semua mesra.
  7. Angkat dan siap di makan.

Itulah resepi maggi goreng yang sedap lagi mudah buatnya. Kalaru warna tak cantik, tambahkan sos cili dan kicap lagi. Anda boleh letakkan bawang goreng, telur mata sapi, timun dan tomato sebagai hiasan. Anda boleh juga mencuba resepi mee goreng basah.

Baca juga :  Resepi Laksam Kelantan Paling Sedap dan Mudah
loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • resepi maggi goreng
  • maggi goreng sedap
  • resepi maggie goreng
  • maggi goreng
  • resepi meggi goreng
  • cara masak maggi goreng
  • cara buat maggi goreng
  • resepi maggi goreng basah
  • cara membuat maggi goreng
  • resepi maggie goreng sedap

Tags: #cara buat maggi goreng #cara masak maggi goreng #maggi goreng #resepi maggi goreng #resepi maggi goreng mudah #resepi maggi goreng sedap #resepi maggi goreng simple