Resepi Nasi Goreng Cina Paling Sedap dan Simple

Resepi Nasi Goreng Cina – Saya biasa menyediakan nasi goreng untuk malam hari. Sebelumnya saya telah melihat cara penyediaan nasi goreng yang ada di youtube, majalah dan blog. Memang yang paling berkesan saya lihat cara masak nasi goreng di youtube kerana kita boleh tahu langsung cara buatnya. Sebenarnya bahan yang digunakan dalam hampir semua nasi goreng sama sahaja dengan yang lain. Cuma teknik memasak sahaja yang sedikit berbeza.

resepi nasi goreng cina

Sebelumnya saya pernah membahas resepi nasi goreng kampung, pada hari ini saya nak kongsikan resepi nasi goreng cina sedap dan simple. Resepi ni saya dapat dari seorang selebriti youtuber yang buat saya terpesona kerana ia boleh bercerita sambil menggoreng nasi hingga selesai. Sebenarnya tidak ada yang berbeza dengan bahan yang biasa digunakan untuk nasi goreng. Cuma sahaja teknik yang digunakan sedikit berbeza, seperti telur yang digoreng garing sebelum dimasukkan nasi. Kalau nak cuba membuatnya, boleh tengok resepi nasi goreng cina di bawah ini.

Resepi Nasi Goreng Cina

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk nasi putih
  • 1 1/2 sudu besar mentega
  • 4 ulas bawang putih di tumbuk
  • 4 ulas bawang merah di hiris
  • 1 sudu besar lada sulah di tumbuk
  • 2 biji telur
  • isi ayam dan udang secukupnya
  • karot, cili padi, sayur kubis dan daun bawang di hiris
  • minyak bijan
  • minyak masak

Cara masak nasi goreng cina

  1. Masukkan mentega ke dalam nasi dan gaul hingga rata.
  2. Panaskan minyak masak dan minyak bijan.
  3. Tumis bawang putih, bawang merah, ayam, dan karot.
  4. Masukkan sedikit air, udang, cili padi dan lada sulah.
  5. Ketepikan dan tuang telur. Kacau rata hingga telur masak. Boleh tambah minyak jika nampak kering.
  6. Masukkan garam dan gula sebagai perasa.
  7. Masukkan nasi tadi dan kacau hingga rata.
  8. Masukkan sayur kubis dan daun bawang. Kacau hingga sayur agak lembut.

Resepi nasi goreng cina sudah sedia dihidangkan. Dengan bahan nasi putih dan bumbu rempah sederhana, boleh menghasilkan masakan selazat nasi goreng cina ini. Memang sedap, kalau tak percaya cuba sendiri. Kalau ada yang nak cuba sendiri, tak perlu sukatan bahan yang tepat. Bila rasa tak cukup, boleh tambahkan bahan lain.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • Resepi nasi goreng cina
  • nasi goreng cina
  • resepi nasi goreng
  • resipi nasi goreng
  • cara masak nasi goreng cina
  • cara membuat nasi goreng cina
  • cara buat nasi goreng cina
  • resepi nasi goreng sedap
  • nasi goreng sedap
  • resepi nasi goreng cina simple
Resepi Nasi Goreng Cina Paling Sedap dan Simple | myresepi | 4.5