Resepi Pengat Pisang Paling Sedap dan Mudah

Resepi Pengat Pisang – Di hujung minggu mak-mak mesti pening nak masak apa di rumah supaya anak-anak tidak banyak main di luar rumah. Buka peti sejuk ada pula ternampak pisang tanduk yang belum di goreng. Teringin pula masak pengat pisang, jadi tinggal singgah ke kedai depan rumah untuk beli santan.

Resepi pengat pisang ni sangat mudah dan sedap untuk dimakan. Yang penting bahan-bahan asasnya cukup maka jadi lah ia. Anda sebenarnya boleh gunakan jenis pisang apa je, hanya saya suka buat pengat pisang menggunakan pisang tanduk atau pisang nangka kerana keduanya punya rasa sedikit masak, untuk meramaikan rasa santan dan gula yang manis. Jom intai resepinya.

Resepi Pengat Pisang Nangka

resepi pengat pisang

Bahan-bahan

  • 15 biji pisang nangka di hiris serong
  • 1 kg santan
  • 3 keping gula Melaka
  • 2-3 sudu besar gula pasir
  • 3 helai daun pandan di koyak dan di simpul
  • 1/2 cawan sagu

Cara buat pengat pisang nangka

  1. Masukkan santan, pisang, dan daun pandan ke dalam periuk dan masak sehingga pisang nampak lembut.
  2. Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak.
  3. Masak gula Melaka dan gula pasir di periuk lain untuk menjadi air gula.
  4. Masukkan air gula tadi sedikit-sedikit ke dalam periuk pisang.
  5. Masukkan santan pekat dan garam. Kacau seketika.
  6. Sesuaikan rasa dan tutup api.
  7. Basuh dengan sagu dan toskan.
  8. Panaskan air di dalam periuk lain sehingga mendidih.
  9. Masukkan sagu dan kacau sehingga tiada kelihatan bahagian putih.Angkat dan toskan. Lalukan di bawah air paip sambil di kacau untuk membuang sedikit sagunya.
  10. Masukkan sagu tadi ke dalam periuk pengat. Kacau sehingga rata.

Resepi Pengat Pisang Tanduk

resepi pengat pisang tanduk

Bahan-bahan

  • 1 biji pisang tanduk besar
  • 4 sudu besar sagu biji – direndam air sekejap
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 ketul gula melaka – dipotong kecil
  • 2 helai daun pandan – diikat simpul
  • 500 ml santan

Cara buat pengat pisang tanduk

  1. Masukkan santan, gula, daun pandan dan gula melaka dalam satu periuk.
  2. Masak dengan api sederhana, kacau selalu hingga mendidih.
  3. Masukkan biji sagu dan kaca selalu hingga sagu masak (sagu menjadi biji jernih)
  4. Akhir sekali, masukkan pisang dan masak hingga pisang masak.

Resepi pengat pisang sedap dan mudah sudah sedia untuk dihidangkan. Pengat pisang lebih sedap jika dimakan semasa panas-panas.

loading...
Resepi Pengat Pisang Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5