Resepi Apam Polkadot Sukatan Cawan Kukus Paling Sedap

Resepi Apam Polkadot – Hari ini nampak lagi rakan di Facebook yang tayangkan apam buatan masing-masing. Kelihatannya gebu sangat. Saya memang suka makan apam yang biasa di makan petang hari sama keluarga sepulang kerja. Apalagi musim hujan seperti ini, perut cepat lapar. Kebetulan saat ini musim cuti, boleh minta tolong anak-anak untuk buatnya. Anak-anak suka bantu buat kerana guna pelbagai bentuk, warna dan rasa apam. Sila juga resepi pavlova untuk meramaikan makanan hari ini.

resepi apam polkadot

Terdapat pelbagai macam jenis apam, mula dari di bakar, di kukus, dengan kuah ataupun yang kering. Kali ini saya nak kongsi resepi apam polkadot sukatan cawan kukus yang lagi popular saat ini. Apam polkadot ni mudah je buatnya dan bahannya pun simple. Tak lama juga buatnya. Yang suka apam boleh cuba buatnya. Jom kita tengok cara buat apam polkadot sukatan cawan dibawah ini.

Baca juga :  Resepi Roti Sarang Lebah Paling Sedap dan Mudah

Resepi Apam Polkadot

Bahan-bahan

  • 3 biji telur grade A
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu cair
  • 3 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • pewarna sesuai selera
  • filling sesuai selera

Cara buat apam susu polkadot

  1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke mangkuk mixer. Kacau dengan kelajuan maksima hingga kembang dan putih.
  2. Masukkan susu, tepung gandum, baking powder, esen vanila. Kacau dengan kelajuan minimum hingga sebati.
  3. Bahagi adunan menjadi beberapa bahagian. Kemudian titiskan pewarna mengikut selera.
  4. Letakkan adunan ke dalam mangkuk kertas guna piping bag. Jangan sampai penuh.
  5. Letakkan filling secukupnya guna piping bag. Buat dot dot dengan warna berbeza.
  6. Bila adunan sudah habis, kukus dengan api sederhana selama 10-15 minit sehingga masak.
  7. Angkat dan sejukkan.
Baca juga :  Resepi Apam Susu Belang Paling Sedap dan Mudah

Itulah resepi apam polkadot sukatan cawan kukus yang boleh saya kongsikan. Bila dot-dot terlalu besar, anda boleh ambil guna toothpick buat keliling dot mengikut saiz yang diperlukan. Untuk fillingnya, anda boleh guna rasa blueberry, strawberry, coklat, kaya, atau citarasa yang disukai. Boleh buat pelbagai macam gambar di atas apam susu guna filling yang berbeza. Selamat mencuba.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • resepi apam polkadot sukatan cawan
  • resepi apam polkadot
  • apam polkadot
  • resepi apam susu
  • resepi apam polkadok
  • kek polkadot
  • apam polkadot sukatan cawan
  • resepi apam pokadot sukatan cawan
  • cara buat apam pokaldot
  • respi apam pakadot
Resepi Apam Polkadot Sukatan Cawan Kukus Paling Sedap | myresepi | 4.5