Resepi Ayam Buttermilk Paling Sedap dan Mudah

Resepi Ayam Buttermilk – Banyak masakan ayam yang menjadi kesukaan setiap orang. Ada pelbagai ciptaan baru yang menggunakan bahan masakannya ayam. Salah satu masakan yang paling banyak di suka adalah ayam masak butter. Saya telah menyediakan pelbagai resepi ayam terbaik, mudah dan garenti sedap untuk anda cuba sendiri di rumah. Pada artikel sebelumnya saya telah membincangkan resepi ayam masak merah. Mudah-mudahan artikel yang saya tulis boleh anda pahami dengan baik.

resepi ayam buttermilk

Sebenarnya ada yang memanggil ayam buttermilk ni dengan resepi ayam butter je. Versi resepinya pun ada banyak. Kami hanya ikut kesukaan tekak kami je yang suka dengan cheese. Resepi ayam butter ni memang masih terbaik dan paling sedap daripada yang lain. Kami sekeluarga tak pernah menginggalkan sedikit pun kuah di periuk. Jom kita tengok cara membuat ayam buttermilk paling sedap dan mudah.

Sila baca juga :  Resepi Nasi Ayam Penyet Paling Sedap dan Mudah

Resepi Ayam Buttermilk

Bahan-bahan:

  • 2 keping ayam boneless – di potong kecil
  • beberapa keping cheese
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar cili padi – di cincang
  • 1 sudu besar cili merah – di cincang
  • 230 ml susu cair
  • 1 pelepah daun kari
  • secubit serbuk perasa ayam knorr
  • serbuk lada hitam
  • garam secukup rasa

Bahan perap:

  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil serbuk kari
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telur

Cara masak ayam butter:

  1. Mula-mula perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam.
  2. Masak ayam yang sudah di perap sehingga kekuningan guna non stick pan. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis cili dan daun kari dengan butter hingga naik bau.
  4. Masukkan susu cair dan masak hingga mendidih.
  5. Lepas tu masukkan cheese, serbuk perasa ayam knorr, serbuk lada hitam, garam dan gula.
  6. Masukkan ayam dan masak sekejap kerana tepung yang di tabur pada ayam akan memekatkan kuah.
  7. Tutup api dan ayam  siap di makan.
Sila baca juga :  Resepi Ayam Goreng Kunyit Rangup dan Paling Sedap

Sekianlah resepi ayam buttermilk paling sedap dan mudah yang boleh saya kongsi hari ini. Bila anda rasa pedas terlebih, tambahkan sedikit gula. Sampai jumpa di artikel resepi lainnya. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • ayam sup
  • ayam masak butter
  • resepi ayam butter
  • resepi chicken butter
  • cara cara dan bahan untuk membuat ayam butter
  • ayam butter resepi
  • ayam butter
  • resipi ayam masak butter
  • resepi ayam masak batter
  • resepi ayam mentega
Resepi Ayam Buttermilk Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5