Resepi Nasi Beriani Gam Paling Sedap dan Mudah

Resepi Nasi Beriani Gam – Nasi beriani merupakan makanan yang terdiri dari nasi di campur daging, sayuran dan bumbu rempah. Nasi ini boleh di panggil nasi briyani yang berasal dari kata berya dalam bahasa parsi berarti bakar atau goreng. Saya telah mencuba menyediakan pelbagai resepi terbaik, mudah dan garenti sedap untuk anda baca dan cuba di rumah. Semoga artikel resepi nasi beriani gam yang kami tulis ini boleh anda pahami dengan baik.

resepi nasi beriani gam

Resepi Nasi Beriani Gam

Bahan-bahan

  • 5 cawan beras basmathi
  • 1 cawan minyak sapi
  • 5 cawan air
  • 1 sudu teh buah pelaga
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1/2 sudu teh koma koma (saffron)
  • 5 sudu makan rempah beriyani (pes)
  • 1 inci kayu manis
  • 1 inci halia – di hiris halus
  • 6 ulas bawang putih – di hiris halus
  • 10 ulas bawang merah – di hiris halus
  • 5 bunga lawang
  • segenggam gajus
  • segenggam raisins
  • garam secukup rasa

Bahan untuk lauk

  • 1 kilo daging pindan – di potong dadu besar
  • 5 biji kentang – di belah dua
  • 8 biji telur rebus keras
  • 2 biji bawang besar – di hiris
  • 5 ulas bawang putih – di kisar
  • 10 ulas bawang merah – di kisar
  • 1 sudu teh buah pelaga
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 6 sudu makan rempah beriyani (pes)
  • 1-2 sudu makan tomato puri
  • 1/2 cawan minyak sapi
  • 1 cawan yoghurt
  • 1 inci kayu manis
  • 1 inci halia – di kisar
  • 5 bunga lawang
  • segenggam gajus
  • segenggam raisins
  • air cover daging 1-2 cawan extra
  • garam secukup rasa

Cara masak nasi beriani gam

  1. Pijar minyak sapi dan tumis bahan hiris beserta buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan jintan manis hingga
  2. naik bau.
  3. Masukkan rempah beriyani dan tunggu sekejap hingga naik bau.
  4. Masukkan beras dan kacau hingga rata.
  5. Masukkan air sehingga menutup paras beras. Kacau hingga rata.
  6. Masukkan saffron, gula dan garam. Kacau hingga rata.
  7. Kecilkan api dan masak beras hingga separa masak.

Cara masak lauk nasi beriani gam

  1. Pijarkan minyak sapi dan tumis bawang besar, bahan kisar dan semua rempah campak hingga naik bau.
  2. Masukkan pes beriyani dan biar terbit minyak.
  3. Masukkan daging, kentang dan air sehingga menutup paras daging 1 inci. Didihkan.
  4. Kecilkan api dan masak hingga daging empuk.
  5. Masukkan bahan lain dan 3-4 cawan air lagi. Kacau hingga rata.
  6. Jika telah separa masak, masukkan lauk ke dalam periuk kukusan. Tambahkan anggaran secawan air jika perlu dan gaul rata.
  7. Alaskan periuk pengukus dengan kain muslin.
  8. Masukkan nasi separa masak ke dalam bekas kukusan.
  9. Tutup pengukus. Letak periuk mengukus di atas periuk kukusan yang berisi lauk.
  10. Celupkan kain kapas dengan kanji.
  11. Lilitkan kain pada bahagian di antara periuk dan pengukus. Pastikan ikatan agak kejap.
  12. Letakkan di atas api sederhana. Masak selama 1 jam.
  13. Buka lilitan dan tutup pengukus. Gemburkan nasi dengan garpu.
  14. Jika nasi belum masak, ulangi proses kukusan. Tambahkan lauk jika perlu.

Cadangan hidangan

  1. Letakkan 4 sudu nasi ke dalam pinggan hidang yang besar.
  2. Letakkan 4 ketul daging, 4 ketul kentang dan 4 biji telur di atas nasi.
  3. Letakkan 4 sudu nasi lagi untuk menutup lauk.
  4. Taburkan bawang goreng, daun saderi, daun bawang dan hati ayam yang telah di goreng garing.
  5. Kuah beriyani di hidangkan berasingan. Boleh juga tambah acara sebagai hidangan sampingan.

Sekianlah resepi nasi beriani gam yang boleh saya kongsi hari ini. Memasak nasi beriani gam perlu anda cuba beberapa kali untuk mendapatkan kepekatan kuah yang tepat. Masa pertama masak perlu di check selalu lauknya jika agak kering, tambahkan air, gaul rata dan sambung proses mengukus.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • resepi nasi beriani
  • nasi beriani
  • cara masak nasi be
  • masak nasii berani
  • rempah resepi masak nasi briyani
  • resepi nasi beriani gam
Resepi Nasi Beriani Gam Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5