Resepi Snickers Cheesecake Paling Sedap dan Mudah

Hari ini saya nak kongsi resepi snickers cheesecake sedap dan mudah. Saya telah menyediakan pelbagai resepi yang terbaik, mudah dan garenti sedap untuk anda baca dan anda cuba di rumah. Pada artikel sebelumnya saya telah membicangkan resepi cornflakes madu. Mudah-mudahan artikel resepi snicker cheesecake yang kami tulis ini boleh anda pahami dengan baik. Selamat mencuba.

resepi snickers cheesecake

Resepi Snickers Cheesecake

Bahan-bahan:

  • 150 gm biskut oreo (buang krim)
  • 30 gm mentega – di cairkan
  • 300 gm krim keju
  • 60 gm gula kaster
  • 100 gm coklat snickers – di cincang kasar
  • 100 gm coklat masakan – di cincang kasar
  • 150 ml UHT whipping cream
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar jus oren / lemon
  • 2 biji telur grade A
Baca juga :  Resepi Kek Coklat Kukus Moist, Paling Sedap dan Mudah

Cara buat snickers cheesecake:

  1. Kisar biskut oreo hingga halus dan masukkan mentega cair. gaul hingga sekata dan boleh di kepal.
  2. Letakkan di atas loyang loose base tin, ratakan dan tekan hingga padat.
  3. Masukkan dalam ketuhar selama 10 minit dengan suhu 160 darjah. Angkat dan biarkan sejuk.
  4. Pukul krim keju dan gula hingga licin dan tidak berketul.
  5. Masukkan telur, jus oren dan 100 gm whipping cream. Pukul hingga sebati.
  6. Kikis tepi pengisar dan pukul sebentar hingga rata dan tidak berketul.
  7. Masukkan coklat snickers. Kaup balik hingga rata dan tuang ke atas dasar biskut oreo.
  8. Bakar secara bain marie selama 40-50 minit pada suhu 160 darjah hingga permukaan kekuningan.
  9. Keluarkan kek dari ketuhar. Biarkan hingga sejuk sekejap dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.
  10. Untuk membuat topping, panaskan 50 gm whipping cream secara bain marie.
  11. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga coklat larut. Angkat dan biarkan suam.
  12. Tuang topping ke atas permukaan kek. Tabur dengan coklat snickers, kekacang atau parutan coklat putih jika suka.
Baca juga :  Resepi Kek Milo Bakar Mudah (3 Minit OK)

Sekianlah resepi snicker cheesecake yang saya kongsi hari ini. Mudah-mudahan boleh memberi faedah untuk anda semua dalam mencuba resepi ini. Sampai jumpa di artikel resepi lainnya.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • resepi kuih muih sedap dan mudah
Resepi Snickers Cheesecake Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5