Resepi Apam Balik Rangup, Lembut dan Gebu

Resepi Apam Balik mungkin terdengar asing bagi sesetengah orang. Apam balik terkenal sebagai Malaysian pancake kerana menjadi kebiasaan untuk di jual di pasar malam atau di gerai makanan. Apam balik menjadi satu makanan ringan Malaysia yang mempunyai cita rasa tersendiri sehingga ia boleh membuat anda ketagih ketika mencuba. Bagi anda yang pernah mencubanya, mungkin rindu untuk merasa lagi. Dan bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk merasainya, anda tidak jauh untuk pergi ke kedai kerana anda dapat merasa apam balik  rangup, lembut dan gebu sendiri di rumah. Bahan-bahan pembuatannya ternyata mudah sangat.

resepi apam balik

Resepi apam balik boleh anda tambah dengan pelbagai variasi toping seperti susu, keju, kacang, coklat, dan sebagainya. Dengan membuatnya sendiri di rumah anda boleh menambah variasi toping mengikut apa yang anda suka. Apam balik boleh anda sediakan di pagi hari sebagai menu sarapan. Terdapat dua jenis apam balik iaitu tebal dan nipis. Kalau nak buat yang tebal ia gebu, dan kalau nak buat yang nipis ia rangup. Resepi apam balik ini merujuk kepada apam balik gebu.

Resepi Apam Balik

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur grade A
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 cawan gula
  • 1 1/2 cawan air
  • sedikit pewarna kuning
  • sedikit marjerin

Bahan tabur

  • kacang tanah – goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
  • jagung manis
  • gula halus
  • cheese
  • marjerin

Cara buat apam balik

  1. Pukul telur dan gula guna mixer hingga kembang.
  2. Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning.
  3. Pukul lagi hingga sebati dan masukkan tepung gandum.
  4. Pukul lagi hingga semuanya sebati.
  5. Oleskan marjerin di permukaan kuali dan tuang 1 sudu doh di atas kuali.
  6. Biarkan seketika hingga sesetengah masak.
  7. Taburkan kacang, jagung, cheese, gula dan majerin di atasnya.
  8. Angkat dan apam balik sudah boleh dihidangkan.

Itulah senarai bahan-bahan untuk membuat resepi apam balik rangup, lembut dan gebu yang boleh saya kongsikan hari ini. Kek ini sangat sesuai untuk mengiringi masa santai di pagi dan malam hari.

loading...
Resepi Apam Balik Rangup, Lembut dan Gebu | myresepi | 4.5