Resepi Chicken Chop Black Pepper Sauce Paling Sedap

Resepi Chicken Chop – Setiap hujung minggu, kami sekeluarga memang suka pergi ke pelbagai restoran untuk cuba merasai masakan yang berbeza-beza. Setiap kali saya pergi ke restoran, jumpa je orang makan chicken chop. Saya sebenar memang suka juga chicken chop, tetapi rasa bosan makan ayam je. Mesti lah cuba masakan yang lain kalau pergi ke restoran. Tapi bila di rumah boleh cuba buatnya.

resepi chicken chop

Cara buat chicken chop memang mudah dan rasanya pun sedap. Jika teman-teman nak datang ke rumah, boleh juga menyediakan resepi chicken chop sedap dan mudah ni. Sebelumnya, anda boleh baca juga resepi ayam masak butter. Mudah-mudahan resepi chicken chop black pepper sauce yang saya kongsi ini boleh anda pahami dengan baik. Selamat mencuba dan semoga berjaya buatnya.

Baca juga :  Resepi Nasi Ayam Penyet Paling Sedap dan Mudah

Resepi Chicken Chop Black Pepper Sauce

Bahan-bahan

  • 3 potong besar ayam – di buang tulang
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos kicap manis
  • 2 sudu kecil serbul lada sulah
  • 6 inc halia – di kisar halus

Bahan sos black pepper

  • 170 gm sos lada hitam
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 2 sudu kecil sos kicap manis
  • 1 sudu besar planta
  • 1 sudu besar tepung jagung – di bancuh sedikit dengan air
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • garam secukup rasa

Bahan salutan

  • 1 biji telur grade A – di kacau
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 100 gm bread crumbs

Cara masak chicken chop black pepper sauce

  1. Gaul ayam dengan bahan kisar, sos tiram, sos kicap, serbuk lada sulah dan garam. Perap selama 3 jam dalam peti sejuk.
  2. Lepas tu gaul ayam dengan tepung gandum.
  3. Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau.
  4. Celup ayam dalam telur dan salut dengan bread crumbs. Ambil satu per satu.
  5. Goreng ayam dengan api sederhana hingga ayam masak sekata.
Baca juga :  Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api / Padi Sedap dan Mudah

Cara buat sos black pepper:

  1. Satukan semua bahan sos, kecuali lada hitam, tepung jagung dan garam. Kacau dengan whisk.
  2. Didihkan sos tadi di atas api sederhana hingga meruap dan sesekali kacau.
  3. Masukkan bancuhan tepung jagung dan didihkan sepenuhnya. Kacau terus supaya tidak bergentel.
  4. Taburkan lada hitam dan garam secukup rasa.
  5. Matikan api dan letakkan sos di atas chicken chop.

Sekianlah resepi chicken chop black pepper sauce paling sedap yang boleh saya kongsi hari ini. Bila nak buat, jangan sesekali gunakan bahagian lain kecuali paha/dada, dan jangan juga gunakan lada kering untuk kuahnya.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • resepi ayam
  • resepi chicken chop
  • sos chicken chop
  • cara buat chicken chop
  • resepi sos black pepper sedap
  • recipe sos black pepper
  • Cuba buat chicken chop
  • chiken chop
  • chicken chop pa
  • cara buat sos black pepper
Resepi Chicken Chop Black Pepper Sauce Paling Sedap | myresepi | 4.5