Resepi Cream Puff Lembut dan Paling Sedap

Resepi Cream Puff РKuih adalah makanan yang paling banyak di suka oleh anak-anak. Banyak yang menyukai kuih kerana rasanya sedap dan lembut teksturnya. Dari pelbagai jenis kuih, ada satu yang sedap di makan, iaitu cream puff. Cream puff adalah kuih yang di dalamnya terdapat cream yang sangat lazat. Boleh merasa sensasi berbeza ketika menggigit kuih ni. Anda boleh baca juga artikel sebelumnya yang telah membincangkan resepi puding roti bakar. Mudah-mudahan resepi cream puff lembut ini boleh anda pahami dengan baik. Selamat mencuba dan semoga berjaya. Jom kita intai cara membuat cream puff.

resepi cream puff

Resepi Cream Puff

Bahan buat cream puff:

  • 45 gm butter – di potong 1 cm
  • 60 gm tepung gandum – di ayak
  • 2 biji telur grade A – di pukul
  • 100 ml air

Bahan buat cream custard:

  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 biji telur saiz L
  • sedikit pewarna kuning
Baca juga :  Resepi Cornflakes Madu Biskut Rangup Paling Sedap

Cara buat cream puff:

  1. Masukkan air dan butter di atas periuk. Masak dengan api sederhana hingga mendidih.
  2. Tutup api dan masukkan tepung. Kacau cepat-cepat.
  3. Panaskan semula adunan dengan api sederhana hingga nampak kepingan nipis. Padamkan api lagi.
  4. Masukkan telur dan kacau cepat-cepat.
  5. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Potong bucu plastik 1 cm atau gunakan nozel.
  6. Tekan adunan dan letakkan di atas dulang.
  7. Tekan sedikit bahagian tanduk supaya cream puff nampak cantik.
  8. Spray permukaan cream puff dengan air.
  9. Lepas tu, abakar adunan cream puff ke dalam oven selama 15 minit dengan suhu 200 darjah.
  10. Turunkan suhu menjadi 180 darjah dan bakar selama 25 minit.
  11. Angkat dan sejukkan cream puff sebelum kena cream custard.
Baca juga :  Resepi Biskut Semperit Paling Sedap dan Mudah

Cara buat cream castard:

  1. Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam bekas.
  2. Masukkan 2 sudu besar susu. Kacau hingga sekata dan jangan ada yang berketul-ketul.
  3. Masukkan telur dan kacau.
  4. Masukkan susu lagi dan kacau.
  5. Wrapping bekas dan masukkan ke dalam microwave guna suhu tinggi.
  6. Tunggu selama 1 minit dan keluarkan adunan. Kacau-kacau.
  7. Ulangi masukkan adunan dan keluarkan setiap 1 minit.
  8. Bila dah pekat, masukkan butter dan kacau rata.

Sekianlah resepi cream puff lembut dan paling sedap yang boleh saya kongsi hari ini. Bila nak buat, anda boleh masak adunan di atas dapur dengan api sederhana. Adunan cream castard yang di kacau guna mendapatkan hasil yang licin untuk di oles kepada cream puff.

loading...
Resepi Cream Puff Lembut dan Paling Sedap | myresepi | 4.5