Resepi Mee Bandung Muar Paling Sedap dan Mudah

5 views

Resepi Mee Bandung Muar - Mee Bandung merupakan salah satu masakan favorit saya. Biasanya saya buat mee ini sebagai hidangan makan malam. Bahan yang digunakan untuk buatnya pun simple. Sebenarnya cara memasak mee bandung kurang lebih sahaja dengan mee hailam. Cuma mee hailam mesti ditambah sos dan kicap hingga warnanya gelap dan ditambah tepung jagung untuk membuat kuahnya pekat. Bahan-bahan dan rencahnya hampir sama. Resepi mee Bandung muar ni sedap sangat rasanya, terutama ditambah udang kering di kuahnya. Buat yang nak cuba buatnya boleh cuba resepi ini. Garenti rasanya sedap.

resepi mee bandung muar

Resepi Mee Bandung Muar

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus mee kuning
  • 4 ekor udang basah
  • 2 ekor sotong - di potong bulat
  • 50 gm udang kering
  • 4 biji telur
  • 1/4 cawan kacang tanah goreng - di tumbuk
  • mee kuning celur
  • hirisan daging sapi
  • air rebusan daging
  • sawi
  • gula dan garam secukup rasa
Baca juga :  Resepi Char Kuey Teow Berkuah Paling Sedap dan Mudah

Bahan kisar:

  • 1/2 bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili kering

Bahan hiasan:

  • 3 keping tauhu goreng - di hiris nipis
  • hirisan cabe merah
  • bawang goreng
  • limau nipis

Cara masak mee bandung:

  1. Tumis bawang besar, bawang putih, dan cili kering hingga cili masak.
  2. Masukkan udang kering yang telah di blend hingga naik bau.
  3. Masukkan air rebusan daging, kacang, udang basah, hirisan daging dan sotong hingga air mendidih.
  4. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kecilkan api.
  5. Masukkan telur sebiji sebiji. Jangan kacau supaya telur tidak hancur. Biarkan telur masak.
  6. Masukkan sawi dan tutup api.
  7. Curahkan kuah di atas mee.

Sekianlah resepi mee bandung muar paling sedap dan mudah yang boleh saya kongsi hari ini. Petua terakhir, anda boleh hias mee dengan bawang goreng, tauhu, hirisan cili dan limau nipis. Bila nak dapat kuah pekat, lebihkan udang keringnya.

Baca juga :  Resepi Mee Kari Spesial dan Paling Sedap
loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • resepi mee bandung muar
  • resepi mee bandung muar simple
  • resipi mee bandung muar
  • trsepi mee bandung

Tags: #mee bandung #resepi mee bandung #resepi mee bandung muar #resepi mee bandung mudah #resepi mee bandung sedap