Resepi Mee Bandung Paling Sedap dan Simple

Resepi Mee Bandung – Mee Bandung merupakan salah satu masakan favorit saya. Biasanya saya buat mee ini sebagai hidangan makan malam. Bahan yang digunakan untuk buatnya pun simple. Sebenarnya cara memasak mee bandung kurang lebih sahaja dengan mee hailam. Hanya sahaja mee hailam mesti ditambah sos dan kicap hingga warnanya gelap dan ditambah tepung jagung untuk membuat kuahnya pekat. Bahan-bahan dan rencahnya hampir sama. Resepi mee Bandung muar ni sedap sangat rasanya, terutama ditambah udang kering di kuahnya. Buat yang nak cuba buatnya boleh cuba resepi ini. Garenti rasanya sedap.

resepi mee bandung muar

Resepi Mee Bandung Muar

Bahan-bahan

  • 1 bungkus mee kuning
  • 4 ekor udang basah
  • 2 ekor sotong – di potong bulat
  • 50 gm udang kering
  • 4 biji telur
  • 1/4 cawan kacang tanah goreng – di tumbuk
  • mee kuning celur
  • hirisan daging sapi
  • air rebusan daging
  • sawi
  • gula dan garam secukup rasa

Bahan kisar

  • 1/2 bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili kering

Bahan hiasan

  • 3 keping tauhu goreng – di hiris nipis
  • hirisan cabe merah
  • bawang goreng
  • limau nipis

Cara masak mee bandung

  1. Tumis bawang besar, bawang putih, dan cili kering hingga cili masak.
  2. Masukkan udang kering yang telah di blend hingga naik bau.
  3. Masukkan air rebusan daging, kacang, udang basah, hirisan daging dan sotong hingga air mendidih.
  4. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kecilkan api.
  5. Masukkan telur sebiji sebiji. Jangan kacau supaya telur tidak hancur. Biarkan telur masak.
  6. Masukkan sawi dan tutup api.
  7. Curahkan kuah di atas mee.

Sekianlah resepi mee bandung paling sedap dan simple yang boleh saya kongsi hari ini. Petua terakhir, anda boleh hias mee dengan bawang goreng, tauhu, hirisan cili dan limau nipis. Bila nak dapat kuah pekat, lebihkan udang keringnya.

loading...
Resepi Mee Bandung Paling Sedap dan Simple | myresepi | 4.5