Resepi Puding Roti Bakar Paling Sedap dan Mudah

Resepi Puding Roti Bakar – Entah sejak kapan saya mula suka buat kuih muih. Selepas melihat beberapa keping roti, saya teringin nak buat puding roti. Puding roti adalah satu hidangan pencuci mulut yang mudah dan cepat buatnya. Rasanya pun sangat sedap dimakan begitu sahaja. Saya pertama kali menyediakan puding roti saat diberi buku masakan oleh sahabat saya. Ia menceritakan telah membuat satu resepi puding roti bakar dari buku tu. Ia memang suka memasak lebih daripada saya sejak dahulu.

resepi puding roti bakar

Hari ini saya nak kongsikan resepi puding roti bakar paling sedap dan mudah. Ada beberapa versi dalam membuat puding roti, satunya ialah dengan cara di bakar. Resepi ini sangat mudah buatnya dan rasanya sangat sedap. Anda boleh mencuba membuatnya sendiri dengan beberapa keping roti. Hari ni saya buat 2 adunan kerana ada majlis kat rumah, tetapi yang saya kongsi 1 adunan je. Jom kita tengok cara buat puding roti bakar.

Resepi Puding Roti Bakar

Bahan-bahan

  • 8 keping roti
  • 500 ml susu segar
  • 4 sudu besar gula halus
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar mentega – di cairkan
  • 3 sudu besar kismis
  • 2 biji telur

Cara buat puding roti bakar

  1. Masukkan susu segar, gula halus, esen vanilla, serbuk cinnamon dan telur ke dalam mangkuk.
  2. Koyakkan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.
  3. Masukkan kismis dan juga mentega cair. Gaul sehingga sebati.
  4. Tuang ke dalam bekas yang telah di oles dengan butter.
  5. Taburkan lagi kismis di atas adunan.
  6. Masukkan dalam oven dan bakar dengan suhu 180 darjah selama 30 minit.
  7. Angkat dan sejukkan.

Resepi puding roti bakar paling sedap dan mudah buatnya sudah boleh anda sajikan untuk keluarga anda. Saya memang lebih suka membuat puding roti yang tak menggunakan kuah kastard. Ini sahaja cukup kerana lebih mudah dan jimat. Puding roti bakar sangat sesuai dihidangkan untuk sarapan dan minum petang. Garenti sedap dan mudah sangat buatnya. Selamat mencuba dan semoga anda berjaya membuatnya macam punya saya.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • resepi puding roti bakar
  • cara nak buat roti bakar
  • puding roti mudah
Resepi Puding Roti Bakar Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5