Resepi Rendang Daging Paling Sedap dan Mudah

Resepi Rendang Daging – Rendang daging merupakan salah satu menu yang ramai di cari orang ketika makan di restoran, kedai makan, atau acara perkahwinan. Ini wajar sahaja kerana memiliki kelazatan sendiri. Orang Minang memang terkenal sangat pandai membuat rendang ni. Tetapi ramai orang yang sudah pandai masak masakan ini. Bumbunya juga sangat komplit sehingga memiliki rasa yang khas.

resepi rendang daging

Baru-baru ini juga rendang daging dinobatkan sebagai masakan tersedap nomor 2 di dunia. Dan hari ini saya nak kongsi resepi rendang daging yang sedap dan mudah buatnya. Jom kita intai cara buatnya.

Resepi Rendang Daging

Bahan-bahan

  • 1 kg daging sapi
  • 1 kg santang pekat
  • 8 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 sudu makan kerisik
  • 6 sudu besar cili – di kisar
  • 2 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan jintan putih
  • 4 helai daun kunyit- di carik
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas muda
  • 7 batang serai – di hiris
  • garam, asam jawa, dan gula

Cara masak rendang daging

  1. Kisar bawang putih, bawang besar, bawang merah, dan halia. Tapis dan biarkan airnya.
  2. Kisar lengkuas, serai, ketumbar, jintan manis dan jintan putih guna air sisa tadi.
  3. Tumis bahan kisar bawang tadi hingga ringan.
  4. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
  5. Masukkan bahan kisar kedua dan kacau hingga wangi.
  6. Pastikan bahawa minyak mencukupi kerana jika kurang bahan tumis tidak cukup masak.
  7. Masukkan daging sapi dan gaul sekata hingga bercampur.
  8. Bila daging sudah keluar air, masukkan santan, daun kunyit dan garam secukup rasa.
  9. Masak hingga daging empuk. Boleh tambah air jika kurang empuk.
  10. Masukkan kerisik, air asam jawa dan gula secukup rasa.
  11. Kacau sedikit dan siap disajikan untuk keluarga anda.

Sekianlah resepi rendang daging paling sedap dan simple yang boleh saya kongsi hari ini. Sedikit tips untuk anda agar rendang awet, pastikan dalam memasak bahan tumisan benar-benar masak supaya rendang tahan lama. Jangan juga tutup rendang yang masih paas dengan dulang kerana akan cepat basi. Tutup sahaja dengan tudung saji yang besar. Dan ingatlah, untuk masak rendang daging mesti menggunakan rempah-rempah segar. Ini yang membuat rendang sapi lebih sedap.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • resepi rendang daging
  • resipi rendang daging paling sedap di malaysia#spf=1
Resepi Rendang Daging Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5