Senarai Resepi Aiskrim Buatan Sendiri Paling Lengkap

Resepi Aiskrim – Aiskrim yang di lihat di kedai, pasti membuat lidah anda berliur untuk mencoba segala-galaya. Aiskrim memang memiliki tekstur yang lembut, sejuk, dan mempunyai banyak rasa. Minuman ini boleh kita beli di kedai aiskrim dekat rumah. Ternyata aiskrim lazat tidak hanya boleh di beli, ia boleh di buat sendiri di rumah. Tentu dengan membuat sendiri, aiskrim menggunakan bahan yang berkualitas dan kebersihannya lebih dijamin.

Jika selama ini anda senantiasa membeli aiskrim, maka masa ini anda boleh mencuba resepi aiskrim yang boleh di buat sendiri di rumah. Cara membuat aiskrim sendiri tidak sukar. Anda boleh mencuba membuatnya pada saat santai dan pada masa berkumpul bersama keluarga. Anak-anak pasti suka.

Resepi Aiskrim Sumi

resepi aiskrim sumi

Bahan-bahan:

  • 3 paket sumi/jelly
  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 4 tin air masak
  • secubit garam

Cara buat aiskrim sumi:

  1. Masak susu pekat, susu cair, air dan garam dalam periuk hingga mendidih.
  2. Sejukkan seketika hingga tidak panas.
  3. Masukkan sumi ke dalam plastik aiskrim.
  4. Masukkan air susu yang sudah tidak panas, ikat dan goncang-goncang.
  5. Masukkan dalam peti sejuk hingga beku.

Resepi Aiskrim Choki-Choki

resepi aiskrim choki-choki

Bahan-bahan:

  • Choki-choki (ikut kesukaan)
  • 1 tin susu pekat
  • 1/2 tin susu cair
  • 4 tin air masak
  • 2 1/2 sudu tepung jagung (opsi) – di bancuh
  • sedikit garam

Cara buat aiskrim choki-choki:

  1. Masak susu pekat, susu cair dan air hingga mendidih.
  2. Kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung untuk buat ia lembut.
  3. Masukkan garam dan kacau sekali hingga larut. Tutup api.
  4. Sejukkan seketika hingga tidak panas.
  5. Masukkan choki-choki ke dalam plastik aiskrim.
  6. Masukkan air susu yang sudah tidak panas, ikat dan picit-picit untuk bagi rata.

Resepi Aiskrim Oreo

resepi aiskrim oreo

Bahan-bahan:

  • 1 pakej kecil biskut oreo – di blend
  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin susu pekat
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar ovalette

Cara buat aiskrim oreo:

  1. Masukkan susu cair, susu pekat, telur, ovalette dan esen vanilla ke dalam mixer atau blender.
  2. Putar selama 15-20 minit (guna mixer) atau 10 minit (guna blender) sekali putar hingga kembang.
  3. Tuang semua bahan tadi ke dalam bekas aiskrim.
  4. Masukkan biskut oreo yang sudah di blend dan kacau hingga rata.
  5. Tutup bekas dengan rapat dan masukkan dalam peti sejuk hingga keras.

Resepi Aiskrim Pelangi

resepi aiskrim pelangi

Bahan-bahan:

  • 1 biji telur
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 tin air suam
  • 2 sudu besar ovelett
  • 1 sudu kecil perisa yang di gemari
  • pewarna yang di gemari

Cara buat aiskrim pelangi:

  1. Masukkan semua bahan yang ada dan putar dengan mixer hingga kembang.
  2. Masukkan kepada beberapa bekas.
  3. Masukkan pewarna dan perisa yang di gemari di setiap bekas. Kacau hingga rata.
  4. Tuang dalam bekas lain yang lebih besar beselang seli hingga selesai.
  5. Masukkan dalam peti sejuk hingga beku.

Sekianlah senarai resepi aiskrim buatan sendiri paling lengkap dan mudah yang boleh saya kongsi pada hari ini. Anda boleh hidangkan aiskrim tadi bersama coklat hersey, coklat rice, badam kisar, kacang kisar, krim putar, atau apa sahaja sesuai selera anda.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • aiskrim buatan sendiri
  • aiskrim oreo dalam plastik
Senarai Resepi Aiskrim Buatan Sendiri Paling Lengkap | myresepi | 4.5