Resepi Popia Nestum Rangup, Sedap dan Mudah

Hari ini saya nak kongsi resepi popia nestum rangup, sedap dan mudah. Untuk membuatnya, anda hanya menggunakan beberapa bahan yang mudah di dapat di kedai dan pasaraya. Ia kelihatan satu makanan yang agak remeh cara pembuatannya, tetapi jika anda melihat hasilnya amat memuaskan hati.

resepi popia nestum

Popia nestum rangup ini boleh anda makan bila-bila sahaja. Anda boleh cuba membuatnya untuk meramaikan kuih pada hari raya. Kalau nak beli, anda mesti keluar kos hingga RM15 untuk satu balang kecil. Kos jauh lebih murah jika anda boleh buat sendiri popia nestum rangup di rumah. Jika anda beramai-ramai gotong royong bersama anak-anak pasti lebih seronok.

Resepi Popia Nestum

Bahan-bahan

  • 1 bungkus kulit popia
  • 1 cawan nestum – di kisar halus
  • 1/2 cawan gula castor
  • 1/2 cawan horlicks
  • 2 sudu besar tepung gandum – di campur air sedikit
  • lidi satay atau chopstick
  • minyak masak

Cara buat popia nestum

  1. Gulung kulit popia guna chopstick. Tinggalkan sedikit hujung kulit popia untuk di lekatkan dengan bancuhan tepung gandum.
  2. Semasa menggulung, pastikan nampak lubang di tengah-tengah gulungan kulit popia. Jika terlalu rapat boleh lama masaknya.
  3. Sapukan bancuhan tepung ke bahagian hujung supaya gulungan kulit popia melekat.
  4. Ulangi proses ini hingga kulit popia habis.
  5. Tutup dengan kain lembab supaya mengekalkan kelembapan.
  6. Potong kulit popia yang sudah di gulung secara menyerong dalam jarak 1.5 cm.
  7. Masukkan popia dalam kuali dan goreng dengan api sederhana hingga garing dan kekuningan.
  8. Angkat dan toskan.
  9. Biarkan kulit popia sejuk seketika.
  10. Akhir sekali, taburkan nestum, gula castor dan horlicks ke atas kulit popia. Gaul hingga sekata.
  11. Masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Sekianlah resepi popia nestum rangup, sedap dan mudah yang boleh saya kongsi pada hari ini. Sedikit tambahan, semasa proses menggulung dan menggunting kulit popia, anda mesti senantiasa menutup kulit popia dengan kain lembab supaya tidak kering dan keras. Jika sudah kering, anda mesti susah menggulungnya kerana ia mudah pecah. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • popia nestum
  • resepi popia nestum paling sedap
  • resepi popia nestum rangut
Resepi Popia Nestum Rangup, Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5