Resepi Ayam Goreng Kunyit Rangup dan Paling Sedap

Resepi ayam goreng kunyit boleh menjadi satu sajian yang sudah turun-temurun di telinga. Masakan ayam ini sememangnya di buat dengan warna kuning dan rangup, sehingga memiliki rasa yang sedap dan menyelerakan. Belum lagi dengan wanginya yang harum dari bumbu kunyit yang terasa dalam masa menggoreng membuat perut cepat lapar. Ayam goreng kunyit memang sangat pas disajikan dengan nasi putih panas.

resepi ayam goreng kunyit

Saya sangat suka mencuba masakan yang ada di majalah dan buku masakan dari banyak negeri. Selepas cuba sendiri, saya menjadi banyak tahu cara memasak apa je bahan yang ada. Cara membuat ayam goreng kunyit ini pun mudah dan boleh di cuba oleh semua amak di rumah. Sudah lama saya boleh masak ayam goreng ni, tetapi baru sahaja boleh mengongsikannya disini. Anda boleh menyediakan masa 20 minit untuk 2 orang. Jika nak tambah orang, boleh tambah kuantiti ayamnya.

Baca juga :  Resepi Mee Kari Ayam Spesial

Resepi Ayam Goreng Kunyit

Bahan-bahan

  • 300 gm ayam bahagian dada – di potong kiub kecil
  • 1 biji bawang merah – di hiris nipis
  • 1 biji bawang besar – di hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih – di hiris nipis
  • 1 biji cili merah – di hiris nipis
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 4 batang kacang panjang – di potong 2 inci
  • 2 sudu minyak masak
  • garam secukup rasa

Cara masak ayam goreng kunyit

  1. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Perap selama 5-10 minit hingga meresap.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam dengan api besar. Kacau-kacau dengan kerap jangan sampai hangus dan keras.
  3. Gunakan api sederhana dan masukkan bawang merah dan bawang putih dalam kuali dan kacau hingga naik bau.
  4. Masukkan bawang besar, kacang panjang, cili merah, dan gula. Kacau hingga sekata.
  5. Padamkan api dan angkat. Ayam goreng kunyit siap dihidangkan.
Baca juga :  Resepi Ayam Goreng Berempah Rangup dan Paling Sedap

Sekianlah resepi ayam goreng kunyit rangup dan paling sedap yang boleh dikongsikan hari ini. Bila nak tambah sedap lagi, boleh tambah karot, sambal belacan, dan tuang sedikit kicap di atas nasi. Memasak adalah seni. Cubalah pelbagai masakan, mula dari yang di majalah dan internet, resepi turun-temurun dan terkini, hingga resepi luar negara. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • resepi ayam goreng kunyit
  • ayam goreng kunyit
  • ayam goreng kunyit garing
  • ayam goreng kunyit rangup
  • cara buat ayam masak kunyit
  • resep ayam masak kunyit#spf=1
  • resepi ayam masak kunyit
Resepi Ayam Goreng Kunyit Rangup dan Paling Sedap | myresepi | 4.5