Resepi Ayam Masak Halia Paling Sedap dan Mudah

Resepi Ayam Masak Halia – Kadang kala kita tidak perlu susah payah memasak untuk keluarga. Cukup dengan masakan mudah tetapi istimewa boleh anda sajikan. Hari ini saya nak cuba memasak resepi ayam masak halia paling sedap dan mudah. Sudah banyak kali saya nampak teman masak lauk ni. Fikiran saya mesti di cuba sendiri di rumah kerana memandang cara memasaknya cukup simple dan bahan membuatnya pun minima.

resepi ayam masak halia

Keluarga saya memang hubby makan ayam, tetapi sekarang mencari masakan berkuah yang segar. Memang tidak sia-sia mencuba masak resepi ayam masak halia. Cara buatnya cukup mudah dan ringkas tetapi hasilnya sedap. Anda boleh cuba membuatnya tertama untuk yang tidak punya masa lama di dapur. Anda boleh memadankan dengan nasi panas. Memang sedap. Sebelum anda mencubanya, anda boleh juga membaca entri sebelumnya, resepi ayam masak lemak. Jom kita intai resepinya.

Sila baca juga :  Resepi Rendang Ayam Paling Sedap dan Simple

Resepi Ayam Masak Halia

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam – di potong kecil, basuh dan toskan
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 labu bawang besar – di hiris
  • 3 ulas bawang putih – di hiris
  • 3 tangkai cili merah – di hiris
  • 4 tangkai cili padi merah – di hiris
  • 5 cm halia – di hiris
  • 1 sudu kecil tepung jagung – di bancuh dengan 1/2 cawan air
  • 1 sudu kecil lada hitam – di tumbuk kasar
  • 1 pokok daun bawang / sup – di potong pendek
  • 1 biji buah tomato – di potong 4
  • 1/2 batang carrot – di potong kecil
  • garam dan gula secukup rasa

Cara buat ayam masak halia:

Sila baca juga :  Resepi Ayam Buttermilk Paling Sedap dan Mudah
  1. Tumis bawang besar, bawang putih, cili merah, cili padi dan halia dengan minyak hingga layu.
  2. Masukkan ayam, lada hitam, dan sos tiram. Kacau hingga rata.
  3. Masukkan sedikit air dan tutup.
  4. Selepas ayam sudah lembut, masukkan carrot dan gaul sebati.
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan hingga pekat.
  6. Masukkan tomato dan daun bawang. Kacau hingga rata.

Resepi ayam masak halia paling sedap dan mudah sudah boleh di hidangkan kepada keluarga. Jika nak lebih sedap, anda boleh menggoreng ayam dulu dengan kunyit dan garam sebelum di masukkan ke dalam kuali. Walaupun myresepi masih sibuk dengan kerjaan, mesti memasak lebih utama. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

 

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • ayam masak halia
Resepi Ayam Masak Halia Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5