Resepi Ayam Masak Kurma Paling Sedap dan Mudah

Resepi Ayam Masak Kurma memang tidak asing lagi menjadi masakan di setiap kenduri kendara dan juga majlis-majlis lain. Masakan ini juga sedap dihidangkan untuk berbuka puasa. Saya suka masaknya sebab bahan-bahan yang disediakan mudah di cari dan proses buatnya pun tidak rumit. Anak juga suka sangat makan ayam. Apa je masakannya yang penting ada ayamnya. Oleh itu ia juga suka makan ayam masak halia.

resepi ayam masak kurma

Untuk memastikan resepi ayam masak kurma sedap dan lazat, anda mesti memastikan bahan yang digunakan adalah bahan segar. Perkara yang paling asas sekali anda perlu menggunakan santan dan ayam yang betul-betul segar. Jika tidak menggunakan bahan segar, anda tidak boleh mendapatkan rasa terbaik. Tidak perlu bercakap lama lagi, jom kita intai cara buat ayam masak kurma.

Baca juga :  Resepi Ayam Percik Kelantan Original

Resepi Ayam Masak Kurma

Bahan-bahan:

  • 1 kg ayam – di potong kecil
  • 4 sudu besar rempah kurma ayam
  • 5 ulas bawang putih – di kisar
  • 5 ulas bawang merah – di kisar
  • 2 cm halia – di kisar
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 biji tomato – di potong 4
  • 2 biji kentang
  • 1 biji lobak merah – di potong dadu besar
  • kulit kayu manis
  • buah pelaga
  • bunga lawang
  • sedikit air asam jawa

Cara buat ayam masak kurma:

  1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, dan rempah kurma ayam. Kacau hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam dan kacau hingga sebati. Biarkan masak sekejap.
  3. Masukkan air asam jawa, kentang dan lobak merah. Masak hingga empuk.
  4. Masukkan santan dan kacau hingga sebati. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan tomato, garam dan gula secukup rasa. Kacau hingga rata.
Baca juga :  Resepi Ayam Goreng Kunyit Rangup dan Paling Sedap

Resepi ayam masak kurma paling sedap dan mudah sudah boleh disediakan untuk keluarga anda. Penyediaan masakan ayam ini boleh menjadi hidangan 4 orang makan. Hidangan yang myresepi kongsikan ini tambah sedap jika disajikan bersama nasi panas dan sambal belacan. Selamat mencuba memasaknya dan selamat berjaya.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • ayam masak kurma
  • resepi ayam masak kurma
  • resepi kurma ayam
  • masak kurma ayam
  • resepi ayam kurma
  • resepi ayam masak kurma paling sedap
  • resepi masak kurma ayam
  • resepi ayam masak kurma#spf=1
  • resepi ayam masak kurma yang sedap
  • respi ayam kurma sedap
Resepi Ayam Masak Kurma Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5