Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api / Padi Sedap dan Mudah

0 views

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api - Ayam merupakan salah satu bahan makanan yang paling ramai digemari oleh masyarakat Malaysia. Ada pelbagai proses masakan yang boleh disajikan dengan menggunakan ayam, seperti ayam goreng kunyit, atau ayam masak lemak yang akan saya kongsi pada hari ini. Ayam masak lemak memiliki pelbagai macam versi, antaranya resepi ala minang, orang Johor, orang Melaka, ataupun daripada cara Negeri Sembilan.

resepi ayam masak lemak

Anda boleh menjadikan resepi ayam masak lemak sebagai masakan pembuka selera, tetapi tidak boleh selalu di makan kerana ia berlemak sangat. Mesti pandai-pandai makannya boleh menjadi sebab penyakit. Yang akan saya kongsi adalah ayam masak cili api / padi. Anda boleh menyediakan ayam masak lemak cili api ini dicampur dengan nenas atau belimbing buluh sebagai citarasa masam. Tetapi itu ikut citarasa masing-masing sahaja.

Baca juga :  Resepi Ayam Goreng KFC Paling Sedap dan Rangup

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam - di basuh dan toskan
  • 1 kotak santan kara
  • 15-20 biji cili api - di tumbuk lumat
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 inci kunyit hidup - di tumbuk bersama cili api
  • 1 batang serai - di titik
  • 1 helai daun kunyit - di hiris
  • 1 cawan air
  • garam secukup rasa

Cara buat ayam masak lemak cili api:

  1. Masukkan ayam dalam kuali panas dengan api yang paling kecil. Tidak perlu masuk minyak.
  2. Masukkan cili api dan kunyit hidup ke dalam kuali. Gaul dan panaskan sekejap hingga rata.
  3. Angkat ayam dan ketepikan.
  4. Panaskan santan dalam periuk dengan api sederhana hingga santan menggelegak.
  5. Masukkan ayam yang telah di gaul tadi ke dalam santan.
  6. Masukkan air sedikit sesuai cita rasa masing-masing.
  7. Kacau terus ayam jangan sampai santan pecah.
  8. Masukkan asam keping dan gaul sekejap.
  9. Masukkan garam dan daun kunyit. Gaul hingga hingga ayam masak.
Baca juga :  Resepi Bebola Ayam Cheese Paling Sedap dan Mudah

Mudah sahaja kan resepi ayam masak cili api / padi yang telah myresepi kongsi di atas. Tujuan langkah pertama untuk masak ayam tidak perlu minyak kerana nak bagi air ayam keluar agar nanti kuah lemak tidak anyir. Kalau anda tidak suka rasa masam, boleh tidak masukkan asam gelugor. Anda boleh masukkan kentang dan sedikit ikan bilis halus agar lebih sedap dan mengurangi rasa pedas.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • resepi pelbagai masaka

Tags: #ayam masak lemak #resepi ayam masak lemak #resepi ayam masak lemak cili api #resepi ayam masak lemak cili padi