Resepi Ayam Panggang Madu Paling Sedap dan Mudah

Resepi Ayam Panggang Madu – Ayam memang menjadi bahan utama dalam pelbagai masakan. Kadang kala kita tak perlu susah payah mencari resepi ayam apa yang sesuai untuk dihidangkan kepada keluarga. Teringat bila pergi ke pasar beli ayam panggang madu yang sedap, mesti habis awal tak tinggal bahagian yang kecik-kecik je. Makin lama pak cik tu jual ayam panggang makin kecik. Oleh itu, saya belajar cuba masak ayam panggang madu sendiri di rumah.

resepi ayam panggang madu

Sekarang yang akan myresepi kongsikan adalah resepi ayam panggang madu. Resepi ni sudah biasa kita buat, tutup mata pon siapa sahaja boleh buatnya. Saya biasa menggunakan oven untuk memasak ayam panggang madu. Anda boleh menggunakan microwave kalau tak ada oven. Tapi kalau guna microwave tak sesedap guna oven. Jika di panggang dengan oven, kulit ayam akan masak dengan sempurna dan terlihat lebih cantik. Berbeza dengan menggunakan microwave, ayam tak seberapa kering sehingga kurang sedap.

Sila baca juga :  Resepi Nasi Ayam Hainan Paling Sedap dan Mudah

Resepi Ayam Panggang Madu

Bahan-bahan:

  • 4 ketul ayam bahagian paha atas
  • 5 ulas bawang putih – di tumbuk halus
  • 1 inci halia – di tumbuk halus
  • 4 sudu besar madu
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap
  • serbuk lada hitam
  • garam secukup rasa

Cara masak ayam panggang madu:

  1. Masukkan bawang putih, halia, madu, sos tiram, kicap serbuk lada hitam, dan garam ke dalam satu bekas. Gaul hingga rata.
  2. Sapukan bahan perapan itu kepada ayam.
  3. Perap selama 2 jam.
  4. Masak ayam menggunakan oven selama 30-40 minit pada suhu 200 darjah. Tunggu hingga masak.

Resepi ayam panggang madu paling sedap dan mudah sudah siap untuk disediakan kepada keluarga anda. Cara menyediakan ayam panggang ni cukup mudah je kan? Ia boleh di makan bersama nasi ayam atau nasi arab. Jika nak cuba masakan ayam lain, boleh rasa resepi ayam masak kurma. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Sila baca juga :  Resepi Ayam Buttermilk Paling Sedap dan Mudah
loading...
Resepi Ayam Panggang Madu Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5