Resepi Biskut Nestum Paling Sedap dan Mudah

Hari ni saya nak cuba buat resepi biskut nestum paling sedap dan mudah untuk hari raya nanti. Biskut ni memang menjadi satu makanan yang mesti ada di meja pada masak hari raya. Tak syah rasanya ramaikan hari raya tanpa biskut nestum. Anak-anak memang suka makannya kerana rasa yang sedap dan rangup.

resepi biskut nestum

Yang membuat resepi biskut ni spesial kerana ia menggunakan rasa bijirin nestum yang ada dalam biskut. Kalau korang sudah pernah buat doh biskut, mudah je buat biskut apa pun. Resepi ni sama seperti membuat biskut coklat rice, cuma sahaja di tambah nestum. Sungguh sangat sedap dan rangup. Pasti menjadi kegemaran di hari raya nanti seperti tart nenasĀ gulung. Jom tengok resepi biskut nestum paling sedap dan mudah di bawah ini.

Sila baca juga :  Resepi Cheese Tart Blueberry Buncit dan Montok

Resepi Biskut Nestum

Bahan-bahan:

  • 125 gm mentega
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan nestum original – di kisar halus
  • 1 cawan nestum original – tak perlu di kisar
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1 biji telur

Bahan hiasan:

  • Buah ceri merah / hijau – di hiris kecil
  • Sedikit nestum original – di tabur di atas pinggan

Cara buat biskut nestum:

  1. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik. Satukan dengan serbuk nestum kisar dan nestum kasar.
  2. Dalam mangkuk berasingan, pukul mentega bersama gula kastor hingga putih dan berkrim.
  3. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul hingga kembang.
  4. Masukkan bahan kering (ayakan tepung tadi). Kacau hingga betul-betul sebati dan menjadi doh lembut.
  5. Rehatkan doh seketika.
  6. Uli menjadi bentuk bulat sebesar guli.
  7. Gulingkan doh di atas nestum dan susun di atas dulang yang telah di gris dengan mentega.
  8. Tekan doh dengan garfu dan hiaskan dengan buah ceri.
  9. Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan suhu 175 darjah selama 15-20 minit hingga masak.
  10. Angkat dan sejukkan.
Sila baca juga :  Resepi Karipap Pusing Rangup Inti Kentang Paling Sedap

Resepi biskut nestum paling sedap dan mudah sudah siap disediakan untuk keluarga anda. Pastikan anda rehatkan doh seketik agar menjadi lebih senang di uli. Anda boleh rehatkan doh dalam peti ais selama 10 minit. Jika anda suka biskut yang kecil, uli doh menjadi lebih kecil sedikit daripada guli. Selamat mencuba resepi ni dan semoga berjaya.

loading...
Resepi Biskut Nestum Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5