Resepi Biskut Semperit Paling Sedap dan Mudah

Resepi Biskut Semperit – Biskut semperit adalah salah satu biskut yang memiliki tekstur crispy. Biskut ini sangat cocok untuk mengisi toples biskut pada masa hari raya. Bentuknya kecil membuat biskut ini sangat cocok untuk masuk ke dalam mulut.┬áBiskut semperit mempunyai bentuk bunga yang cantik dengan hiasan irisan buah kering atau selai di bagian tengahnya. Rasanya yang sedap membuat biskut ini ramai di beli di pasaran sebagai biskut raya.

resepi biskut semperit

Anda mesti pusing kenapa namanya biskut semperit? Ini kerana proses pencetakan biskut menggunakan plastik (spuit) sehingga kita menyebutnya semperit. Cara membuat biskut semperit juga mudah. Biskut ini terbuat daripada tepung terigu dan marjerin. Biskut semperit hampir sama dengan membuat kuih sagu, hanya berbeza pada penggunaan tepung sahaja yang lebih banyak menggunakan tepung terigu. Jom kita intai cara membuatnya.

Baca juga :  Resepi Biskut Raya Terkini 2016 Paling Sedap dan Mudah

Resepi Biskut Semperit

Bahan-bahan:

  • 375 gm marjerin
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung kastard
  • 2 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 1/2 cawan gula
  • 3 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara membuat biskut semperit:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah.
  2. Ayak tepung gandum, tepung kastard, dan tepung jagung.
  3. Pukul marjerin dan gula.
  4. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Kacau hingga rata.
  5. Masukkan kuning telur tadi ke dalam campuran tepung. Uli sehingga menjadi doh yang lembut menggunakan tangan.
  6. Masukkan ke dalam acuan semperit dan di letak di atas dulang pembakar.
  7. Bakar dalam ketuhar selama 15-20 minit.
  8. Angkat dan sejukkan.

Resepi Biskut Semperit 2

Bahan-bahan:

  • 200 gm marjerin
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu esen vanilla
  • hirisan ceri
  • pewarna kuning telur
Baca juga :  Resepi Tart Nenas Gulung Paling Sedap dan Gebu

Cara buat kuih semperit:

  1. Pukul marjerin dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur, esen vanilla dan pewarna kuning. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan tepung gandumg, tepung jagung, dan tepung kastard sedikit-sedikit.
  4. Bentuk menggunakan acuan semperit dan hiaskan hirisan ceri di tengahnya.
  5. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 150 darjah.

Terima kasih sudah sudi membaca entri resepi biskut semperit paling sedap dan mudah yang myresepi kongsikan. Resepi ini telah sebenar telah di kongsi oleh seorang Chef sehingga sukatan yang diberi sudah bersesuaian untuk mendapatkan tekstur crispy dan rangup. Oleh itu ia boleh anda cuba buat di rumah.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • kuih samperit mudah dan sedap
  • semperit sedap
Resepi Biskut Semperit Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5