Resepi Bubur Lambuk Paling Sedap dan Mudah

Resepi Bubur Lambuk – Bubur lambuk adalah salah satu makanan tradisi Malaysia yang sering dihidangkan sewaktu berbuka puasa. Bubur lambuk terbuat dari bubur nasi berisi cincangan daging, ayam atau udang kering.┬áBahan paling utama dalam pembuatan bubur lambuk adalah penggunaan tujuh rempah, iaitu jintan manis, halba, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan serbuk lada hitam.

resepi bubur lambuk

Bagi anda yang sudah penasaran dengan rasanya yang lazat, anda boleh mencuba membuatnya sendiri di rumah. Tetapi anda tidak tahu cara memasaknya? Anda bernasib baik kerana saya akan kongsikan resepi bubur lambuk hari ini. Cara buat bubur lambuk cukup mudah. Anda boleh membuatnya untuk suami atau keluarga anda yang akan berbuka puasa.

Resepi Bubur Lambuk

Bahan-bahan

  • 2 cawan beras – di basuh dan toskan
  • 1/2 kg daging tetel / ayam – di potong kecil
  • 1 cawan udang kering – di rendam air panas dan tumbuk lumat
  • 1 cawan bawang goreng
  • 4 ulas bawang putih – di mayang
  • 2 biji bawang besar – di mayang
  • 1 inci halia – di mayang dan potong seperti batang mancis
  • 2 helai daun pandan – di basuh dan di koyak-koyak
  • 1/2 biji kelapa
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 3 sudu besar minyak goreng
  • 2 batang carrot – di potong dadu
  • garam dan gula secukup rasa
  • air secukupnya

Bahan rempah

  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil ketumbar
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu kecil lada hitam

Rempah Tumis

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah keras – di tumbuk
  • 2 bji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 sudu kecil halba

Cara buat bubur lambuk

  1. Tumis bahan rempah yang telah di kisar, rempah tumis, bawang putih, daun pandan dan bawang besar menggunakan minyak goreng dan minyak sapi.
  2. Masukkan udang kering dan daging. Tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan air dan tunggu hingga didih dan daging empuk separuh.
  4. Masukkan beras dan air jika nampak kering. Reneh hingga beras hancur dan daging lembut.
  5. Masukkan carrot. Tunggu hingga pecah minyak.
  6. Jika beras sudah pecah, masukkan santan pekat, garam dan gula secukup rasa.
  7. Padamkan api dan bubur lambuk siap dihidangkan.

Mudah je kan resepi bubur lambuk paling sedap dan mudah yang sudah saya kongsikan di atas. Jangan risau pertama tidak enak rasanya kerana belum terbiasa je buatnya. Jika anda nak tambah hiasan, anda boleh menambah daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

loading...
Resepi Bubur Lambuk Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5