Resepi Cheese Tart Blueberry Buncit dan Montok

Resepi Cheese Tart Blueberry – Semasa singgah ke kedai yang menjual bahan dan alat kuih muih, saya diberitahu teman untuk cuba buat cheese tart blueberry. Sebenarnya bukan mudah nak buat cheese tart step by step ni sebab saya seorang kurang suka dengan rasa cheese. Tapi kerana teman kat luar sana minta tunjukkan cara buatnya. Semoga apa yang saya tunjukkan ini sedikit banyak boleh membantu anda yang gemar makan cheese tart. Anda juga boleh menggunakan filling strawberry, coklat, kiwi, oren dan jam nenas. Bahan-bahan filling boleh anda dapatkan di kedai bahan buat kuih dan kek.

resepi cheese tart blueberry

Resepi cheese tart blueberry ini sangat sedap dan mudah cara buatnya. Tengok wall fb juga ramai yang kongsi cheese tart dan resepi cornflakes pada masa hari raya. Saya biasa merajinkan diri membuat cheese tart pada masa cuti juga kerana anak-anak suka makannya. Resepi cheese tart blueberry memang tak banyak berbeza dengan resepi lainnya, cuma untuk mendapatkan cheese yang montok dan buncit ada teknik yang harus di ambil perhatian lebih. Jom kita cuba buat cheese tart blueberry buncit dan montok.

Resepi Cheese Tart Blueberry

Bahan-bahan buat shell cheese tart:

  • 170 gm marjerin
  • 50 gm gula aising
  • 290 gm tepung gandum
  • 1 biji telur grade C
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • acuan tart
Sila baca juga :  Resepi Cornflakes Madu Biskut Rangup Paling Sedap

Cara buat shell cheese tart:

  1. Pukul marjerin dan gula dengan sudu kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan sudu kayu.
  3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli hingga doh lembut.
  4. Untuk mendapatkan doh yang baik, masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
  5. Ambil sedikit doh dan tekan ke dalam acuan tart.
  6. Cucuk dengan garfu sebelum di bakar.
  7. Bakar dengan suhu 170 darjah selama 20-25 minit hingga masak.
  8. Angkat dan sejukkan. Simpan crust atau shell ni dalam bekas kedap udara.
  9. Masukkan filling blueberry ke dalam piping bag untuk memudahkan anda meletakkan ia ke dalam shell cheese tart.
  10. Ketepikan dan kita sediakan bahan-bahan untuk membuat cheese tart.

Bahan-bahan buat cheese tart:

  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm gula kastor
  • 1 biji telur saiz B
  • 1/2 sudu teh esen vanilla

Cara buat cheese tart:

  1. Keluarkan cream cheese 20-30 minit sebelum digunakan. Jangan biarkan ia mencapai suhu bilik.
  2. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  4. Masukkan filling cream cheese ni ke dalam kulit tart guna piping bag. Letak penuh supaya ia membuncit.
  5. Ambil sedikit adunan cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yang di suka di atasnya. Kacau rata hingga warna bergaul sempurna.
  6. Lorekkan pewarna tadi kepada cheese yang sudah di shell menggunakan pencungkil gigi. Buat garis kecil-kecil di bahagian tepi atau sesuaikan citarasa sendiri.
  7. Proses ini dilakukan ketika cheese masih lembut. Jika terlalu lama nanti cheese sudah mula mengering.
  8. Dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan lorekan bunga yang cantik.
  9. Bakar selama 5 minit pada suhu 170 darjah menggunakan api atas bawah.
  10. Sentuh dengan hujung jari, jika melekat ia sudah masak, jika belum bakar lagi selama 1 minit.
Sila baca juga :  Resepi Biskut Semperit Paling Sedap dan Mudah

Resepi cheese tart blueberry buncit dan montok sudah siap disimpan ke dalam bekas kedap udara. Letakkan ia ke dalam peti ais untuk ketahanan lebih lama. Untuk 1 adunan shell boleh buat 40 biji shell, tergantung juga besar acuan dan ketebalan yang dibuat. Anda bagi adunan cheese ke dalam 70-80 shell. Untuk kestabilan adunan, buat 2 adunan shell dan 1 adunan cheese. Selamat mencuba resepi ini dan semoga berjaya.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • resepi cheese tart montok
Resepi Cheese Tart Blueberry Buncit dan Montok | myresepi | 4.5